Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
56) BALAI RAYA
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kenapa perkara ini terjadi dan adakah kerajaan negeri tidak berupaya untuk menyelenggara balai-balai raya sedia ada?
Semua balai raya di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor di kawal penggunaanya bagi mengelakkan kejadian vendalisma dan pencerobohan oleh orang yang tidak berkenaan. Namun sekiranya terdapat kerosakan yang berlaku pada beberapa balai raya, pihak Majlis akan membaiki secara berperingkat mengikut peruntukan Majlis. Oleh yang demikian, tiada penggunaan kontena sebagai pejabat JKKK di dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.
-
Berapakah kos yang dikeluarkan untuk menyediakan kontena-kontena tersebut di seluruh negeri?
Tiada kos yang dikeluarkan oleh pihak PBT memandangkan tiada penggunaan kontena oleh JKKK.