Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

54) PEKERJA BERAGAMA ISLAM

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat garis panduan bagi pekerja-pekerja yang beragama Islam untuk memohon bekerja di mana-mana sektor pekerjaan terutama di kelab malam ataupun di kilang membuat minuman keras?

    Tiada

  2. Apakah terdapat garis panduan atau tindakan undang-undang terhadap majikan yang tidak membenarkan pekerja islam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam seperti memakai tudung bagi perempuan dan bersolat Jumaat bagi lelaki?

    Tiada

  3. Apakah tindakan pihak Jabatan Agama Islam dalam menangani masalah pekerja Islam yang bekerja di kelab malam atau pub yang ternyata dilarang oleh Islam?

    Tiada tindakan. Namun begitu, premis-premis kelab malam atau pub tertakluk bagi menjalankan kawalan sendiri dalam perkara-perkara yang melibatkan orang Islam.

Lampiran

Tiada Lampiran.