Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

45) PENURUNAN KADAR CUKAI PINTU FLAT KOS RENDAH NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan flat-flat kos rendah yang telah mendapat penurunan kadar cukai pintu sebanyak 25% mengikut pecahan PBT dan bilakah tarikh berkuat kuasa dasar ini?

    Pengumuman mengenai cadangan penurunan kadar cukai pintu sebanyak 25% baru dibuat pada 5 Jun 2010.  Oleh itu, Kerajaan Negeri sedang mengenalpasti dan mengumpulkan maklumat lengkap mengenai senarai pangsapuri kos rendah yang  terlibat dengan program tersebut.   Manakala, pelaksanaan cadangan penurunan kadar cukai pintu dijangka dapat dibuat untuk sesi penggal kedua bagi tempoh pembayaran cukai taksiran tahun ini.

  2. Senaraikan jumlah nilai dan pintu rumah yang mendapat manfaat di bawah penurunan kadar cukai pintu mengikut pecahan flat dan pecahan PBT.

    Berdasarkan rekod Jabatan Penilaian di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, anggaran jumlah nilai dan pintu rumah yang bakal mendapat manfaat penurunan kadar cukai pintu mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan seperti berikut:

    BIL.   NAMA PIHAK BERKUASA   ANGGARAN   ANGGARAN   BILANGAN
      TEMPATAN PURATA PURATA UNIT
      KADAR CUKAI KADAR CUKAI KEDIAMAN
    TAKSIRAN TAKSIRAN  
    ASAL SELEPAS
    (RM) DISKAUN 25%
      (RM)
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam 150.00 112.50 17,552
    2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 117.00 87.75 19,322
    3. Majlis Perbandaran Subang Jaya 145.00 108.75 30,652
    4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 210.00 157.50 32,352
    BIL.   NAMA PIHAK BERKUASA   ANGGARAN   ANGGARAN   BILANGAN
      TEMPATAN PURATA PURATA UNIT
      KADAR CUKAI KADAR CUKAI KEDIAMAN
    TAKSIRAN TAKSIRAN  
    ASAL SELEPAS
    (RM) DISKAUN 25%
      (RM)
     
    5. Majlis Perbandaran Klang 150.00 112.50 15,272
    6. Majlis Perbandaran Selayang 129.50 97.13 21,695
    7. Majlis Perbandaran Kajang 120.00 90 2007
    8. MajlisPerbandaran Sepang 98.00 73.50 2,725
    9. Majlis Daerah Hulu Selangor 119.99 90.00 12,362
    10. Majlis Daerah Kuala Langat 121.73 91.30 6,586
    11. Majlis Daerah Kuala Selangor 82.46 61.85 708
    12. Majlis Daerah Sabak Bernam Tiada pangsapuri kos rendah
  3. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kekurangan ruang rekreasi dan sosial seperti dewan komuniti, perpustakaan dan sebagainya di kawasan Flat Kos Rendah dengan kepadatan penduduk yang tinggi?

    Kerajaan Negeri sememangnya prihatin dengan permasalahan kekurangan ruang rekreasi dan sosial yang dihadapi di kawasan pangsapuri kos rendah. Justeru itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan pemakaian Manual Piawaian Perancangan yang telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor pada 27 Oktober 2010 sebagai panduan dan rujukan kepada pemaju dalam mengimbangi antara perancangan fizikal dengan perancangan pembangunan sosial komuniti di sesebuah kawasan pemajuan. Berdasarkan garis panduan tersebut, setiap kemudahan asas dan masyarakat akan ditentukan berdasarkan keluasan dan juga densiti sesuatu kawasan pembangunan.   Sebagai contoh pembangunan rumah pangsa kos rendah di kawasan Majlis Perbandaran, densiti maksimum yang dibenarkan adalah 80 unit perekar dan ditetapkan keperluan untuk menyediakan sekurang-kurangnya kemudahan seperti 10% kawasan lapang, kawasan rekreasi, tadika, surau, dewan, kediaman Orang Kurang Upaya (OKU), bilik bacaan, pejabat pengurusan dan sebagainya.     Oleh demikian, perancangan yang holistik ini secara tidak langsung akan melahirkan suatu komuniti sejahtera dan harmoni

    Walau bagaimanapun, usaha-usaha untuk memberikan satu dimensi kediaman yang selesa dan harmoni bagi pangsapuri kos rendah melalui penyediaan kemudahan untuk kegunaan komuniti sebenarnya telah bermula pada tahun 2010 lagi.  Pada tahun tersebut, Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor telah menyediakan Pusat Sehenti Ilmu Pengetahuan atau Perpustakaan Komuniti di dua (2) kawasan pemajuan iaitu Apartmen Mawar, Bukit Beruntung dan Pangsapuri Perantau, Pelabuhan Klang dengan sejumlah peruntukan RM45,000.00.

    Sebagai kesinambungan, pada bulan Jun 2011, Skim CERIA (Caring Government

    For Residents’ Improvement Aid)  telah diperkenalkan di mana Badan Pengurusan Bersama [Joint Management Body (JMB)] atau Perbadanan Pengurusan [Management Corporation (MC)] boleh mendapatkan bantuan peruntukan dengan kaedah bayaran balik 20 % untuk pangsapuri kos rendah dan 40% untuk pangsapuri kos sederhana rendah daripada kos keseluruhan bagi pembelian kabin sebagai pejabat, penyediaan kemudahan perpustakaan dan sebagainya.  Walau bagaimanapun,  kemudahan komuniti yang boleh diberi bantuan peruntukan di bawah Skim CERIA hendaklah tertakluk kepada definisi harta bersama di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318].

Lampiran

Tiada Lampiran.