Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

44) MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah fungsi dan objektif penubuhan MBI dan bagaimanakah strukturnya dalam pentadbiran negeri?

    Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) ditubuhkan dibawah Enakmen No. 3, Tahun 1994. Objektif penubuhan MBI ini adalah sebagai Badan Induk yang diamanahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai pemegang asset Kerajaan Negeri Selangor. Sebanyak dua belas (12) anak syarikat Kerajaan Negeri dibawah MBI merangkumi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB),

    Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Tourism Selangor Sdn Bhd, Pendidikan Industri YS Sdn Bhd, Kumpulan Semesta Sdn Bhd, Communication Corporation Sdn Bhd, Yayasan Warisan Anak Selangor Sdn Bhd, SSIC Berhad,

    Rantaian Mesra Sdn Bhd, Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor, Majlis Sukan Negeri Selangor (Holdings) Sdn Bhd dan Bukit Beruntung Golf & Country Resort.

  2. Apakah projek atau program yang dibiayai atau dikendalikan oleh MBI?

    Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) telah diamanahkan dan diberi milik beberapa projek seperti Projek Rumah Terbengkalai Alam Perdana, Projek Highway Bertingkat I-City dengan kelulusan Kerajaan Negeri. Namun projekprojek tersebut dikendalikan oleh Anak-anak Syarikat MBI dan GLC yang lain, MBI hanya sebagai pemilik amanah projek tersebut.

    Terdapat juga beberapa program yang dibiayai oleh MBI namun dikendalikan oleh Anak-anak Syarikat MBI seperti Program Jom Shopping diuruskan oleh Rantaian Mesra Sdn Bhd dan Yayasan Tabung Warisan Anak Selangor (YAWAS), Program Geran SelangorKU 2012 dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemandu Geran SelangorKU 2012, Program Air Percuma 20 meter padu yang diuruskan pembayarannya oleh MBI bermula pada tahun 2012. Program Pengurusan Taska SUK yang diuruskan oleh Jabatan Pengurusan Sumber Manusia SUK.

  3. Berapa kakitangan yang bernaung dan dibiayai oleh MBI serta kosnya?

    Seramai tiga puluh tiga (31) Pegawai dan Kakitangan yang bernaung di bawah MBI, di mana tujuh belas (17) orang Pegawai dan Kakitangannya daripada Pejabat Pentadbiran MBI dan selebihnya enam belas (14) orang Pegawai dan Kakitangannya daripada Pejabat Sokongan MBI.

    Jumlah kos sebulan bagi Pengurusan Sumber Manusia Pejabat MBI adalah sebanyak RM182,000.00 untuk tiga puluh tiga (31) orang Pegawai dan Kakitangan. Kos ini merangkumi Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Caruman Socso yang dicarumkan oleh MBI untuk Pegawai dan Kakitangannya setiap bulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.