Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
30) PAJAKAN TANAH
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar untuk menentukan nilai dan tempoh pajakan tanah di Selangor?
Tempoh pajakan tanah di Selangor adalah ditentukan berdasarkan Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) dan penilaian tanah oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
-
Nyatakan statistik pembaharuan pajakan tanah mengikut daerah di Selangor?
Statistik pembaharuan pajakan tanah mengikut daerah di Selangor sejak tahun 2008 sehingga Mac 2012 adalah seperti jadual berikut :
Bilangan Yang Telah Bil. Daerah Jumlah Permohonan Menjelaskan Bayaran 1. Hulu Selangor 50 7 2. Hulu Langat 224 134 3. Kuala Selangor 89 89 4. Petaling 7 7 5. Sepang 6 6 6. Kuala Langat 4 4 7. Gombak 121 42 8. Sabak Bernam – – 9. Klang 6 6 JUMLAH 507 295 -
Apakah kerana negeri bercadang memberi tempoh pajakan sehingga 999 tahun?
Kerajaan negeri tidak bercadang memberi tempoh pajakan sehingga 999 tahun berdasarkan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) yang telah menetapkan bahawa pemberimilikan tanah kerajaan dalam keadaan biasa hendaklah tidak melebihi 99 tahun.