Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

29) TAPAK INDUSTRI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah nilai pelaburan baru 2010 hingga 2012 yang membina kilang di kawasan Industri yang sedia ada ?

    Bagi tempoh 2010 hingga April 2012 sebanyak 431 projek baru telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 11,937920193. Daripada jumlah ini sebanyak RM 8,050,610096 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 3,887,310,397 daripada pelaburan asing.

    Tahun Projek Baru
    Projek Pekerjaan Pelaburan

    Tempatan

    (RM)

    Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal

    Pelaburan

    (RM)

    2010 207 15,028 3,252,016,007 1,102,903,395 4,354,919,402
    2011 171 12,887 2,131,830,723 2,251,924,283 4,383,755,006
    Jan – Apr 2012 53 5,357 2,666,763,366 532,482,719 3,199,246,085
    Jumlah 431 33,272 8,050,610,096 3,887,310,397 11,937,920,493

    Sumber : MIDA

  2. Berapakah peluang pekerjaan telah diwujudkan dalam industri perkilangan sejak 2010 ?

    Bagi tempoh 2010 hingga April 2012 sebanyak 57,451 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan daripada 678 projek yang diluluskan. Sebanyak 33,272 adalah daripada pelaburan baru dan sebanyak 24,179 daripada projek pembesaran dan pengembangan pelaburan.

  3. Apakah usaha kerajaan negeri menarik pelabur untuk melabur di negeri Selangor ?

    Antara usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan negeri untuk menarik pelaburan ke Negeri Selangor adalah seperti berikut;-

    1. Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing.
    2. Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
    3. Penubuhan jawatankuasa PEMUDAH Negeri Selangor bagi menambahbaikkan sistem penyampaian di Negeri Selangor.
    4. Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap kawasan perindustrian di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
    5. Menaiktaraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor Science Park.
    6. Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One stop Centre (OSC) yang ditubuhkan di setiap PBT.
    7. Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di Selangor.
    8. Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
    9. Pemantauan yang lebih kerap terhadap projek-projek yang sedang dilaksanakan.
    10. Penganjuran dan penyertaan dalam misi-misi pelaburan ke luar negara
    11. Bekerjasama dengan pihak swasta dan dewan-dewan perniagaan dalam dan luar negara bagi menarik pelaburan dan menggalakkan aktiviti pelaburan.
    12. Meningkatkan program dialog bersama industri bagi mengenalpasti isu/permasalahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar pihak industri terus beroperasi.
    13. Penubuhan Unit Pelaburan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan bagi memudahcara dan membantu para pelaburan dalam proses pelaburan di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.