Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

28) PRESTASI UNISEL

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kemasukan pelajar dan pelajar yang berjaya menamatkan kursus dari tahun 2008 hingga sekarang mengikut jenis kursus dan peringkat?

    Prestasi Unisel kian meningkat, prestasi merudum hanyalah gambaran beberapa akhbar semata, atau suatu persepsi yang silap.

    1. Jumlah pelajar berdaftar dan pelajar yang bergraduat.
    Tahun Pelajar Berdaftar Pelajar Bergraduat Peringkat Asas

    (Bergrad)

    Peringkat Diploma

    (Bergrad)

    Peringkat Ijazah

    (Bergrad)

    Peringkat Master

    (Bergrad)

    Peringkat

    PhD

    (Bergrad)

    2008 12,501 2,088 379 473 946 36 0
    2009 11,955 2,350 41 723 1412 82 3
    2010 9,784 3,231 178 812 1134 128 0
    2011 10,035 4,106 152 2105 1756 81 9
    2012* 10,774* 2,784**          

    *Sehingga Mei 2012, masih ada lagi pengambilan Julai, September dan Disember, pada akhir Disember insyaAllah jumlah pelajar akan mencecah 14,000 orang; ini adalah kapasiti maksimum;

    **Dijangka bergraduat.

    Terdapat hampir 500 orang pelajar diperingkat Master dan PhD pada 2012, tetapi sekarang ini kami dalam membuat proses data migration.

    1. Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan
    Tahun Pengurusan** Juta RM Pembangunan Juta RM
    2008 72,107,540 6.60
    2009 75,448,109 10.47
    2010 83,347,438 8.92
    2011 86,247,359 7.14

    ** Pengurusan – tidak termasuk susut nilai dan BAIDS. BAIDS RM150

    Juta tidak termasuk interest telah diambil alih oleh kerajaan negeri.

    ** Sekiranya kos penyelenggaraan dan BOT asrama boleh dinilai semula, kos pengurusan dianggar boleh diturunkan lebih kurang 10% lagi.

    1. Kejayaan UNISEL dan pelajarnya yang boleh dibanggakan:
    Tahun Aktiviti Pelajar
    2008 1.    Johan rekacipta Can-Satellites antara universiti Peringkat Kebangsaan. Penyertaan 10 universiti yang terpilih daripada 26 universiti.

    2.    Johan rekacipta Can-Satellites peringkat antarabangsa –

    Madrid Sepanyol. Disertai 46 pasukan

    2009 1.    Johan pertandingan rekacipta dan perlumbaan kereta Formula Varsiti dilitar Dato’ Sago, Perak.

    2.    Tempat ketiga Produa Eco-challenge. Pengubahsuaian kereta Produa untuk penjimatan minyak.

    2010 1. Johan pertandingan rekacipta dan perlumbaan kereta Formula Varsiti Dato’ Sago, Perak.

     

      2. Tempa kedua Produa Eco-challenge. Pengubahsuaian kereta Produa untuk penjimatan minyak.
    2011 1.    Tempat 10 teratas kejohanan Petronas CubPrix. Penggunaan Motorsikal yang direkacipta sendiri oleh pelajar dan staf

    UNISEL. Pertandingan dengan professional seperti Honda, Yamaha, Kawasaki, Suzuki dan seumpamanya. Unisel menggunakan enjin Modenas. Kerajaan negeri telah memperuntukan RM3.2 juta supaya UNISEL bersama SIRIM membena enjin sendiri.

    2.    Tempat kedua Produa Eco-challenge. Pengubahsuaian kereta Produa untuk penjimatan minyak.

    3.    Seorang siswi unisel telah menerima anugerah The Duke of Edinburgh International kerana aktiviti sukarelawan beliau.

    4.    Seorang Profesor UNISEL menerima Anugerah Rekacipta Negara.

    2012 1.    Pertama kali pasukan GeMS (Generasi Muda Selangor) Racing Team berjaya menaiki Podium di pusingan ketiga CubPrix Kuala Terengganu; tempat ketiga.

    2.    Unisel terpilih untuk menyertai pertandingan akhir PROTON Green mobility challange 2012, bagi membina kereta elektrik untuk PROTON.

    3.    Seorang pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteran UNISEL terpilih menerima Anugerah Emas, Institut Jurutera Malaysia (IEM); satu-satunya yang menerima Anugerah Emas berdasarkan pencapaian akademik dan Projek tahun akhir. Pemilihan meliputi IPTA dan IPTS yang terpilih.

    4.    Seorang pelajar tahun akhir Fakulti Perniagaan menerima anugerah pelajar terbaik Institut Akauntan Malaysia (MIA) bersama-sama 10 orang pelajar daripada IPTA dan IPTS yang terpilih.

    5.    Daripada Tracer Study yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, graduan Unisel adalah di antara yang tertinggi yang mendapat pekerjaan dan menyambung pengajian, mengatasi kebanyakan IPTA.

  2. Nyatakan jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan UNISEL dari tahun 2008 hingga sekarang?

    Sama seperti SUB(a)

  3. Apakah kejayaan UNISEL dan pelajarnya yang boleh dibanggakan?

    Sama seperti SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.