Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

27) KOMPLEKS BELIA DAN KEBUDAYAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Keadaan Kompleks Belia dan Kebudayaan ini semakin hari semakin tidak terurus, siapakah yang bertanggungjawab menguruskan Kompleks ini?

    Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor (KBKNS) diuruskan oleh MSNS Holdings Sdn Bhd (MSNSH), iaitu syarikat milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), MBI bermula pada Januari 2012.

    Tempoh 3 bulan pertama pengambilalihan pengurusan KBKNS, syarikat masih mengenal pasti corak/sistem pengurusan yang dijalankan di KBKNS selama ini, terutamanya dari aspek keadaan fizikal semasa kompleks dan juga kos operasi KBKNS sebagai usaha MSNSH untuk menjadikan KBKNS mampu menjana pendapatan sejajar dengan matlamat Kerajaan Negeri agar KBKNS boleh ‘self sustain’.

    Berhubung dakwaan keadaan kompleks ini semakin tidak terurus adalah tidak berasas, kerana sekiranya keadaan KBKNS tidak terurus, maka tidak akan ada pengunjung /penyewa ke kompleks ini dan ini dibuktikan melalui peningkatan jumlah pendapatan berikutan peningkatan jumlah event yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa berikut :-

    No. Bulan Tahun 2011 Tahun 2012 Peningkatan
    1 Jan – Jun RM319,845.00 RM439,648.70 37.45%
    • Untuk rekod, MSNSH juga menerima respons yang positif dari pelanggan/penyewa, di mana kebanyakan berpuas hati dengan keadaan semasa KBKNS dan juga perkhidmatan yang diberikan.
  2. Siapakah yang memantau tentang penyelenggaraan Kompleks ini dan apakah tindakan yang telah dan akan diambil kepada kontraktor yang dilantik menjaga kebersihan di kompleks ini?

    Syarikat MSNSH selaku pengurus KBKNS adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pemantauan bagi kerja-kerja penyelenggaraan di kompleks ini. Pihak MSNSH telah pun mengambil tindakan menyemak semula kontrak-kontrak di KBKNS dan telah pun mengeluarkan notis penamatan bagi kontraktor yang berkenaan berkuat kuasa pada bulan April 2012.

    Justeru itu, MSNSH adalah amat peka dan juga sensitif terhadap sebarang ‘feedback’ terutamanya dari para pelanggan KBKNS kerana menjadi matlamat kami di MSNSH untuk memastikan pelanggan KBKNS sentiasa berpuas hati dengan kemudahan dan perkhidmatan yang kami sediakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.