Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
20) PENGANGGURAN PARA BELIA
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut?
Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan telah mengambil langkah proaktif dalam merancang dan melipatgandakan usaha bagi mencapai peningkatan minda dan tahap kesedaran serta meminimumkan kadar pengangguran di kalangan masyarakat Negeri Selangor.
Oleh itu, bermula tahun 2009 Kerajaan Negeri telah melaksanakan program yang menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat terutamanya golongan belia iaitu Program Jom Kerja yang telah diadakan di semua daerah di Negeri Selangor dengan pencapaian seramai 2,611 pemohon yang berjaya di temuduga. Maklumat mengenai pencapaian Program Jom Kerja adalah seperti berikut :
Jumlah Pemohon Pemohon Yang Bil Daerah Tarikh Program Syarikat Yang Berjaya Terlibat Berdaftar Ditemuduga (Orang) (Orang) 1. Sabak Bernam dan Kuala Selangor 7 – 8 Nov 2009 20 buah 1,078 480 Jumlah Pemohon Pemohon Yang Bil Daerah Tarikh Program Syarikat Yang Berjaya Terlibat Berdaftar Ditemuduga (Orang) (Orang) 2. Kuala Langat 14 – 15 Dis 2009 16 buah 1,672 670 3. Klang 9 – 10 Jan 2010 29 buah 2,060 886 4. Petaling 3 – 4 April 2011 22 buah 400 187 5. Hulu Selangor 18 April 2010 20 buah 141 81 6. Sepang 9 Okt 2010 10 buah 211 137 7. Hulu Langat 13 Nov 2010 8 buah 144 118 8. Gombak 27 Nov 2010 9 buah 107 52 9. Kuala Langat 18 Jun 2011 11 buah 70 31 Jumlah 5,883 2,642 Program ini juga telah berjaya membuka peluang dan memberi pendedahan kepada warga tempatan khususnya kepada mereka yang hadir pada program tersebut berkenaan perkara berikut :
- Khidmat nasihat dan keperluan semasa menghadiri sesi temuduga; dan
- Mendapat pengalaman serta mengetahui cara bagaimana sesi temuduga dijalankan.
Berdasarkan statistik bermula dari tahun 2009 hingga 2011 seramai 2,642 pemohon telah berjaya ditemuduga dan ditawarkan pekerjaan oleh syarikat syarikat terlibat.
Kerajaan Negeri juga telah menganjurkan beberapa program kerjaya khusus untuk belia bagi memberikan pendedahan mengenai peluang – peluang perniagaan yang boleh diceburi serta maklumat – maklumat bantuan kewangan.
Melalui geran selangorku, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan bantuan perniagaan bagi membantu belia-belia yang berpotensi dalam bidang berkenaan terutamanya bekas-bekas pelajar INPENS.
Selain itu, pihak kerajaan dengan kerjasama Kumpulan Peransang Selangor Berhad telah melaksanakan Program Ransangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) bertujuan untuk membantu para siswazah Selangor yang masih belum mendapat pekerjaan dalam mempertingkat pengetahuan dengan menyediakan kursus – kursus kemahiran umum dan khusus.
-
Apakah bentuk kursus serta kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi menghadapi masalah ini?
Dalam usaha membendung masalah penganguran ini pihak Kerajaan di bawah kendalian anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Kumpulan Peransang Selangor Berhad telah menganjurkan Program Ransangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) sebagai memenuhi agenda tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.
Objektif utama Program RKSS ini adalah untuk membantu para siswazah Selangor yang masih belum mendapat pekerjaan untuk mempertingkat pengetahuan dan keupayaan diri mereka melalui penyediaan latihan samada dalam bentuk kemahiran umum (softskill) atau kemahiran – kemahiran khusus seperti kemahiran teknikal dan sebagainya. Program ini dilaksanakan dalam dua (2) fasa utama iaitu :
Fasa I: Penyediaan kursus dan latihan yang strategik untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, nilai diri dan keyakinan siswazahsiswazah dalam negeri Selangor bagi membolehkan mereka lebih bersedia untuk mendapatkan pekerjaan atau memulakan perusahaan perniagaan sendiri; dan
Fasa II: Penyediaan Latihan di Tempat Kerja (On-The-Job Training) dan usaha untuk membuat rekomendasi kepada majikan-majikan yang relevan bagi siswazah-siswazah yang telah menamatkan kursus
Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) secara percuma kepada mahasiswa Selangor (lepasan Diploma dan Ijazah) sejak September 2011 adalah seperti berikut :
BIL KURSUS TEMPOH KEMAHIRAN LATIHAN PESERTA 1. Pembangunan Kemahiran
Siswazah
Kemahiran sebagai eksekutif dan pentadbir Pengurusan diri yang berkesan di tempat kerja 2 Minggu (14 hari)
Malaysian Institute of
Management
(MIM)
24 2. Pembangunan Usahawan
Muda
Kemahiran sebagai usahawan yang berdedikasi, bersemangat waja, berfikiran jauh dan mempunyai daya saing
tinggi
4 Minggu (30 hari)
Corporate Education
Development
Centre (CEDC)
57 3. Perbankan dan Kewangan
Islam
Pengetahuan asas dalam perbankan dan kewangan Islam 11 Minggu (33 jam) Pusat Pengajian At-
Tibyan dan MIM
45 4. Pentadbir IT (IT Administrator),
Sijil
Keselamatan &
Selenggara
LAN dan Sijil
Membaiki
Komputer)
Kemhairan dalam pengurusan perkakasan (server, suis, penghala dll), reka bentuk web dsb. Kemahiran dalam pengurusan server, reka bentuk rangkaian & keselamatan dan penyelesaian masalah. Kemahiran membaiki dan penyelesaian masalah (perkakasan & perisian)
5 Minggu (25 hari)
Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)
37 5. Fiber Untuk Juruteknik Kemahiran dalam pengendalian kabel fiber optik dan rangkaian. 2 Minggu (10 hair)
Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)
44 PENGETAHUAN / PENYEDIA JUMLAH
6. Kreativiti Dan Inovasi Pengetahuan tentang kreativiti dan inovasi. 1 Minggu (5 hari)
Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)
15 7. Pengurusan & Operasi Halal Pengetahuan tentang pengurusan pengsijilan halal Malaysia. 2 Minggu (10 hari)
Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)
195 BIL KURSUS PENGETAHUAN / TEMPOH PENYEDIA JUMLAH KEMAHIRAN LATIHAN PESERTA 8. Adobe Photoshop &
Microsof Office
Pengetahuan & kemahiran reka bentuk menggunakan perisian Adobe Photoshop & Microsoft Office 3 Minggu (15 hari)
Significant Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)
18 9. Industri Maritim/ Perkapalan Pengetahuan & kemahiran dalam bidang marin/perkapalan laut dalam 4 Minggu (30 hari)
Myous Maritime Sdn. Bhd. 30 10. Pembuatan Pakaian Lelaki dan Wanita
Pengetahuan dan kemahiran pembuatan pakain lelaki dan wanita 12 Minggu (3 bulan)
Akademik Jahitan
Kamsiah
30 11. Percetakan Segera (Flash
Stamp Printing)
Pengetahun dan kemahiran keusahawan dalam bidang percetakan segera 3 hari ANQR Flash Stamp Agency Sdn. Bhd.
57 12. Pendidikan Awal KanakKanak
Pengetahun dan kemahiran pengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak 4 Minggu (1 bulan) Pro-Intellect Consultancy Sdn. Bhd.
30 13. Penjagaan rambut (Hairdressing)
Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang berdandanan/penjagaan rambut (hairdressing) 16 Minggu (4 bulan) MSI Academy Sdn. Bhd. 15 14. Perunding Pelancongan
(Tourist Guide)
Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang perundingan pelancongan 16 Minggu (4 bulan) MSI Academy Sdn. Bhd. 15 15. Keusahawanan Perkhidmatan
Perakaunan
Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang perakaunan 1 Minggu (5 hari)
A. Razak & Co 10 16. Penternakan Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang penternakan lembu, kambing, ayam, itik,
burung puyuh
1 Minggu (6 hari)
Akademik MJ Fatonah Sdn. Bhd.
30 JUMLAH KESELURUHAN 652 Selain itu, Kerajaan Negeri telah menganjurkan program-program seminar dan kursus keusahawanan khususnya untuk memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawanan kepada golongan belia seperti berikut :
- Kursus Asas Keusahawanan;
- Kursus Pemasaran;
- Kursus Pengurusan Kewangan; dan
- Kursus Rancangan Perniagaan
Melalui program seminar tersebut, para peserta akan didedahkan kepada peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi serta maklumat-maklumat berkenaan dengan bantuan-bantuan kewangan untuk tujuan perniagaan dari agensi-agensi Kerajaan Negeri seperti Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel), Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR), bank-bank komersial seperti Agro bank, BSN serta agensi Kerajaan Pusat seperti PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad).
Disamping itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan bantuan berbentuk mesinmesin pemerosesan kepada usahawan – usahawan termasuk golongan belia yang telahpun memulakan perniagaan mereka tetapi kekurang modal untuk membeli mesin – mesin pemerosesan tersebut.
Manakala di bawah Jabatan Tenaga Kerja Selangor (JTK) melalui Pusat JobsMalaysia antara usaha yang dilakukan adalah:
- Mewujudkan Job Malaysia Center (JMC) di setiap negeri dan mewujudkan Job Malaysia Point (JMP) di setiap Pejabat Tenaga Kerja di daerahdaerah di Negeri Selangor. Objektif penubuhan JMC/JMP adalah untuk membantu masyarakat di Negeri Selangor mendapatkan peluang pekerjaan dengan majikan swasta. Antaranya ialah dengan mengadakan sesi temuduga 2 kali seminggu di setiap JMC dan 2 kali sesi temuduga di setiap JMP Negeri;
- Mengadakan pelbagai karnival / program temuduga dan sesi kerjaya untuk membantu golongan belia di Negeri Selangor mendapatkan pekerjaan; dan
- Mengadakan kerjasama bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta dengan mengadakan “road show” serta sesi temuduga di pelbagai daerah.
Pelaksanaan program yang dinyatakan, menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor amat menitikberatkan tentang aspek pembangunan modal insan kerana dengan wujudnya insan cemerlang dan berkualiti dapat mengekalkan kemajuan dan pembangunan negeri selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk merakyatkan ekonomi Selangor.