Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
18) PROJEK YANG TIDAK DISOKONG OLEH SYABAS
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah projek pembangunan yang masih tidak dapat memperolehi sokongan teknikal oleh pihak SYABAS di Selangor mengikut PBT dan nyatakan sebabnya?
Jumlah keseluruhan permohonan yang telah ditangguhkan dari Januari 2012 sehingga Mei 2012 adalah sebanyak 162 permohonan, di mana kedudukan mengikut Daerah/PBT adalah seperti berikut:-.
Bil Daerah PBT Jumlah 1 Petaling Majlis Bandaraya Petaling Jaya Majlis Perbandaran Subang Jaya 37 2 Klang Majlis Perbandaran Klang Majlis Bandaraya Shah Alam
30 3 Gombak Majlis Perbandaran Selayang Majlis Perbandaran Ampang Jaya
5 4 Hulu Langat Majlis Perbandaran Kajang Majlis Perbandaran Ampang Jaya
39 5 Sepang Majlis Perbandaran Sepang 12 6 Kuala Langat Majlis Daerah Kuala Langat 18 7 Kuala Selangor Majlis Daerah Kuala Selangor 4 8 Hulu Selangor Majlis Daerah Hulu Selangor 0 9 Sabak Bernam Majlis Daerah Sabak Bernam 0 SYABAS telah menangguhkan kelulusan ke atas permohonan kebenaran merancang dan punca bekalan air dari pemaju-pemaju berdasarkan dakwaan SYABAS terdapat masalah kekurangan kapasiti bekalan air yang boleh dibekalkan oleh loji-loji rawatan air bersih sedia ada. Menurut laporan yang diberikan oleh pihak SYABAS, loji-loji rawatan air sedia ada tidak mampu untuk menampung pengeluaran overloaded yang berterusan. Kawasan pembangunan yang terjejas berikutan daripada penangguhan ini adalah seperti di Klang, Petaling, Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Gombak.
-
Apakah anggaran kerugian pelaburan untuk (a) di atas?
Penangguhan kelulusan merancang yang dibuat oleh SYABAS memang menjejaskan rancangan pembangunan Negeri Selangor, namun kerugian sebenar yang ditanggung belum ditaksir oleh mana-mana pihak.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengatasi masalah ini?
Pihak Kerajaan sentiasa mengambil langkah positif untuk memastikan masalah bekalan air tidak menjejaskan projek-projek pembangunan di Negeri Selangor. Justeru itu, beberapa projek sumber air tambahan telah pun dilaksanakan bagi memastikan sumber bekalan air adalah mencukupi seperti berikut:-
No Nama Projek Kapasiti Tambahan (mld) 2012 2013 2014 2015 Jumlah Nota 1. Projek Pembangunan
Loji Sg Labu
45 60 105 Loji baru 2. Projek. Peningkatan
Kapasiti SSP1
120 120 Meningkatkan keupayaan pengeluaran dari 760 JLH kpd
190JLH
3. BRH 25 25 Meningkatkan keupayaan pengeluaran dari 15.6 JLH kpd 40.6 4. Projek Pengagihan
Semula Kapasiti
50 50 Bagi mengagihkan lebihan air di Loji
SSP 1 sebanyak
No Nama Projek Kapasiti Tambahan (mld) 2012 2013 2014 2015 Jumlah Nota SSP1 120 JLH kepada pengguna 5. Pro. Agihan SSP3 120 120 Bagi mengagihkan lebihan air di Loji
SSP 3 sebanyak 120 JLH kepada pengguna
6. Pro. Agihan Loji Rasa 100 100 Bagi mengagihkan lebihan air di Loji SSP 1 sebanyak 100 JLH kepada pengguna
7. Program NRW 49 52 101 Program menurunkan NRW Jumlah 45 254 52 270 621 Projek-projek mitigasi ini dijangka siap menjelang akhir 2014 dan dengan siapnya projek mitigasi ini, terdapat 621 JLH air terawat tambahan yang boleh diagihkan kepada pengguna.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa bekerjasama dengan operator loji pembersihan air seperti SPLASH, ABASS dan Puncak Niaga serta agensi yang terlibat dan Suruhanjaya Air Negara (SPAN) langkah-langkah mitigasi telah dilakukan seperti berikut:
- Hanya melepaskan air dari empangan berdasarkan keperluan optimum loji sahaja.
- Menjalin persefahaman yang mantap bagi semua pihak berkepentingan dalam mengurus sumber air supaya bekalan air bersih tidak terganggu.
- Memantau paras air di muka sauk bagi memastikan kuantiti air yang dipam adalah mencukupi dan tidak memberi kesan ke atas operasi pam air mentah hingga mengakibatkan kegagalan.
- Sentiasa memantau dan bertindak sewajarnya sekiranya simpanan air mencapai tahap 50%.
- Masyarakat umumnya sentiasa diminta berjimat cermat terhadap penggunaan air sewaktu musim kemarau.
Selain itu, LUAS sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan air di Negeri Selangor turut mengambil kira beberapa langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku masalah air di Negeri Selangor. Salah satu penyelesaiannya adalah penggunaan sumber air alternatif iaitu menggunakan air permukaan seperti air tasik, lombong dan sebagainya untuk keperluan harian. Sumber air bumi juga merupakan penyelesaian terhadap kekurangan bekalan air di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, sumber air bumi masih belum meluas penggunaannya dan perlu dikomersialkan.
Pakar Air yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor juga akan membuat kajian bagi mengenal pasti Loji-loji rawatan air yang boleh dioptimumkan pengeluarannya di samping membuat kajian mengenai penggunaan teknologi baru di dalam mempertingkatkan pengeluaran air bersih dari Loji-loji sedia ada.