Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

12) MASALAH AIR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Benarkah dakwaan pihak pembangkang yang diwar-warkan di dalam media mereka bahawa Negeri Selangor akan menghadapi krisis air menjelang 2014 ? Apakah hujah dan fakta Kerajaan Negeri Selangor bagi menafikan tohmahan ini ?

    Isu tidak cukup air ini telah dibangkitkan oleh SYABAS kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor semenjak tahun 2005 lagi. Pada masa ini, kapasiti air dari 33 Loji Rawatan Air adalah sebanyak 4,326 Juta Liter Se Hari. Dari jumlah itu, masih ada Loji yang tidak mengeluarkan air mengikut kapasiti reka bentuk.

    Ada juga Loji yang mampu mengeluarkan air melebihi kapasiti reka bentuk, namun disebabkan tidak ada inter connectivity yang lengkap, maka lebihan air dari Loji tersebut tidak dapat disalurkan ke kawasan permintaan tinggi, contohnya Loji Sungai Selangor Fasa 3 boleh mengeluarkan air sebanyak 800MLD, tetapi jumlah yang diminta oleh SYABAS untuk diagihkan kepada pengguna hanya dianggarkan sebanyak 600MLD.  Begitu juga Loji Air Rasa boleh mengeluarkan air sebanyak 250MLD tetapi permintaan hanya setakat purata 150MLD sahaja.

    Actual Metered Consumption setakat tahun 2011 adalah sebanyak 2,808MLD. Kadar NRW yang tinggi mempengaruhi permintaan air dan anggaran yang diberikan oleh SYABAS adalah mengambil kira buffer sebanyak 10% dan keadaan ini menyebabkan permintaan air dilihat meningkat secara mendadak.

    Beberapa projek sumber air tambahan telah pun dilaksanakan bagi memastikan sumber bekalan air adalah mencukupi, antaranya adalah seperti berikut:-

    No Nama Projek Kapasiti Tambahan (mld)
    2012 2013 2014 2015 Jumlah Nota
    1. Projek

    Pembangunan Loji

    Sg Labu

    45 60     105 Loji baru
    2. Projek.

    Peningkatan

    Kapasiti SSP1

      120     120 Meningkatkan keupayaan pengeluaran dari

    760 JLH  kpd

    190JLH

    3. BRH   25     25 Meningkatkan keupayaan pengeluaran dari 15.6 JLH  kpd 40.6
    4. Projek Pengagihan

    Semula Kapasiti

    SSP1

          50 50 Bagi mengagihkan

    lebihan air di Loji

    SSP 1 sebanyak 120 JLH kepada pengguna

    5. Pro. Agihan SSP3       120 120 Bagi mengagihkan

    lebihan air di Loji

    SSP 3 sebanyak 120 JLH kepada pengguna

    6. Pro. Agihan Loji

    Rasa

          100 100 Bagi mengagihkan

    lebihan air di Loji

    SSP 1 sebanyak 100 JLH kepada pengguna

    7. Program NRW   49 52   101 Program menurunkan NRW
      Jumlah 45 254 52 270 621  

    Projek-projek mitigasi ini dijangka siap menjelang akhir 2014 dan dengan siapnya projek mitigasi ini, terdapat 621 JLH air terawat tambahan yang boleh diagihkan kepada pengguna.

  2. Apakah bentuk-bentuk kerugian yang akan di tanggung oleh rakyat Negeri Selangor sekiranya Kerajaan Negeri Selangor akur dan menurut kehendak Kerajaan Pusat dalam menangani krisis air di Negeri Selangor ? Sila perjelaskan.

    Pendirian Kerajaan Negeri dalam hal pengurusan industry perkhidmatan air Negeri Selangor adalah untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor. Tujuan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri

    Selangor adalah untuk memastikan industri perkhidmatan air di Selangor dikendalikan secara holistik oleh satu operator bermula dari proses rawatan proses hinggalah pengagihan kepada pengguna. Model Holistik yang sememangnya telah terbukti sebagai penyelesaian ke atas semua masalah pengurusan bekalan air secara komprehensif dan dapat menjamin pengurusan air yang mengutamakan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan serta memperkukuhkan integriti, daya saing dan kemapanannya di samping tidak membebankan rakyat keseluruhannya sebagaimana yang telah dicapai di kejayaan pelaksanaan Model Holistik di Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

  3. Apakah perancangan-perancangan masa hadapan yang akan dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menangani masalah air di Selangor ?

    Kerajaan sentiasa mengambil langkah positif untuk memastikan rakyat Selangor sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi dan masalah bekalan air tidak menjejaskan projek-projek pembangunan di Negeri Selangor. Justeru itu, beberapa projek sumber air tambahan telah pun dilaksanakan bagi memastikan sumber bekalan air adalah mencukupi, antaranya adalah seperti yang telah dinyatakan di dalam jawapan (a) di atas. Projek-projek mitigasi ini dijangka siap menjelang akhir 2014 dan dengan siapnya projek mitigasi ini, terdapat 621 JLH air terawat tambahan yang boleh diagihkan kepada pengguna.

    Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa bekerjasama dengan operator loji pembersihan air seperti SPLASH, ABASS dan Puncak Niaga serta agensi yang terlibat dan Suruhanjaya Air Negara (SPAN) langkah-langkah mitigasi telah dilakukan seperti berikut:

    1. Hanya melepaskan air dari empangan berdasarkan keperluan optimum loji sahaja.
    2. Menjalin persefahaman yang mantap bagi semua pihak berkepentingan dalam mengurus sumber air supaya bekalan air bersih tidak terganggu. iii) Memantau paras air di muka sauk bagi memastikan kuantiti air yang dipam adalah mencukupi dan tidak memberi kesan ke atas operasi pam air mentah hingga mengakibatkan kegagalan.
    3. Sentiasa memantau dan bertindak sewajarnya sekiranya simpanan air mencapai tahap 50%.
    4. Masyarakat umumnya sentiasa diminta berjimat cermat terhadap penggunaan air sewaktu musim kemarau.

    Selain itu, LUAS sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan air di Negeri Selangor turut mengambil kira beberapa langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku masalah air di Negeri Selangor. Salah satu penyelesaiannya adalah penggunaan sumber air alternatif iaitu menggunakan air permukaan seperti air tasik, lombong dan sebagainya untuk keperluan harian. Sumber air bumi juga merupakan penyelesaian terhadap kekurangan bekalan air di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, sumber air bumi masih belum meluas penggunaannya dan perlu dikomersialkan.

    Pakar Air yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor juga akan membuat kajian bagi mengenal pasti  Loji-loji rawatan air yang boleh dioptimumkan pengeluarannya di samping membuat kajian mengenai penggunaan teknologi baru di dalam mempertingkatkan pengeluaran air bersih dari Loji-loji sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.