Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
10) INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan institusi pengajian tinggi yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut peratusan milikan.
Institusi pengajian Tinggi yang dimiliki Kerajaan Negeri Selangor mengikut peratusan milikan adalah :
UNISEL – 100%
KUIS – 100%
-
Senaraikan aset-aset yang dimiliki oleh institusi-institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri Selangor
UNISEL
- Kampus Bestari Jaya – 1,002 ekar tanah
Telah dibangunkan 572 ekar mengandungi 10 buah bangunan utama dan 44 buah bangunan asrama dan fasiliti yang lain. Sebanyak 430 ekar belum dibangunkan. - 50 ekar tanah di Sepang
- Rumah di Taman Ilmu, Bestari Jaya sebanyak 17 unit rumah 2 tingkat
- Rumah dua tingkat di kota Puteri, Ijok sebanyak 100 unit dan rumah kedai sebanyak 4 unit.
- Kampus Bestari Jaya – 1,002 ekar tanah
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan teruskan dasar untuk jualkan tanah UNISEL bagi membiayai pinjaman PTPTN untuk mahasiswa-mahasiswa UNISEL?
Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menjual tanah UNISEL, oleh kerana PTPTN telah diteruskan pembayaran kepada pelajar UNISEL.