Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

8) PEMBANGUNAN SEMULA SUNGAI KLANG

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Setelah tiga tahun berlalu, apakah perkembangan projek tersebut yang boleh dibanggakan?

    Projek Pemuliharaan dan Pembangunan merupakan satu projek awam yang akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta melalui Public/Private Partnership (PPP) atau Private Financing Initiative (PFI) di mana Syarikat-syarikat yang dilantik akan membiayai kos pemuliharaan dan pembersihan sungai dan sebagai balasan, mereka perlu mengemukakan cadangan pembangunan untuk pertimbangan kerajaan negeri Selangor.

  2. Siapakah pihak yang terlibat sebagai pelabur dan kontraktor projek tersebut?

    KPS sedang menetapkan tarikh bagi menandatangani Memorandum Kesefahaman dengan China Construction Engineering Corporation yang berminat untuk menjalankan ‘Feasibility Study’ bagi pemuliharaan dan rawatan Sungai Klang sebelum melabur bagi menjayakan projek ini. Kajian ini akan dijalankan dengan usahasama universiti tempatan bagi pemindahan kepakaran.

  3. Apakah projek ini menghadapi sebarang masalah yang menghalang pelaksanaannya?

    Selain urusan pelaburan, dari sudut pihak agensi kerajaan negeri pula, Kajian Lapangan serta Inventori terperinci Gunatanah telah selesai dilakukan. Sedang disediakan ialah Pelan Tindakan Bersepadu Pihak-pihak Berkepentingan, Penyelarasan Laporan Tanah Rizab Sungai Klang dan Isu-isu Tanah (Penguatkuasaan) serta penyelarasan Sistem Saliran/ Discharge yang mengalir ke Sungai Klang.

Lampiran

Tiada Lampiran.