Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

7) PERUNTUKAN KECEMASAN MENANGANI BENCANA ALAM

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tindakan yang boleh dilakukan oleh mana-mana Wakil Rakyat di Negeri Selangor untuk mendapatkan tindakan serta merta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menangani masalah tersebut sebelum ianya menjadi lebih buruk?

    Mana-mana wakil rakyat yang berkenaan boleh berhubung terus dengan pihak Majlis bagi memaklumkan masalah/isu berkenaan  bagi membolehkan pihak majlis mengambil tindakan sewajarnya. Contohnya Majlis Perbandaran Klang (MPK) menubuhkan “Smart Service Squad(3S)”, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menubuhkan pasukan Gerakan Bencana beroperasi 24 jam dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah menyediakan talian.

    Aduan/Hotline sebagai saluran penerimaan aduan berkaitan perkhidmatan mahupun berkaitan aduan kecemasan (bencana). Talian ini beroperasi 24 jam. Setakat ini,sekiranya berlaku sebarang kejadian bencana alam tindakan seperti berikut akan di ambil:

    1. Menghantar unit task force bagi memberikan bantuan awalan seperti memindahkan mangsa,membersihkan halangan serta mengawal keselamatan kawasan bencana
    2. Pihak Jabatan kejuruteraan akan turun bagi menilai kos yang di perlukan bagi membaiki kerosakan akibat bencana alam.

    Pihak majlis akan menggunakan peruntukan khas kecemasan yang di peruntukan dan sekiranya tidak mencukupi,pihak majlis akan memohon peruntukan khas kepada kerajaan negeri / persekutuan.

  2. Berapakah jumlah peruntukan khusus kecemasan yang diberi kepada setiap PBT di Negeri Selangor sepanjang 2011 Ð 2012?

                     
    BIL PBT Tahun 2011 Tahun 2012 Ulasan
             
    1 MBSA Tiada Tiada
    2 MBPJ Tiada Tiada
    3 MPK Tiada Tiada
    4 MPAJ RM1,414,742.50 Tiada Permohonan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri melalui Pejabat Kewangan Negeri dan UPEN           untuk membaikpulih kawasan.
    5 MPSJ Peruntukan khusus kecemasan di bawah

    Amanah                   Tabung

    Bencana Khas Negeri disalurkan ke Tabung Bencana Daerah melalui

    Pejabat         Tanah       dan

    Daerah

    6 MPS RM40,000.00 RM100,000.00
    7 MPKj RM3,000,000.00 RM3,000,000.00
    8 MPSp Tiada Tiada
    9 MDKL Tiada Tiada
    10 MDHS Tiada Tiada
    11 MDKS Tiada RM19,800.00
    12 MDSB Tiada Tiada
  3. Perancangan jangka sederhana dan jangka panjang Kerajaan Negeri Selangor dalam menambah baik sistem perparitan dan saliran di kawasan- kawasan yang dikenal pasti bermasalah khususnya di kawasan Selayang?

    Bagi mengurangkan kejadian banjir kilat di dalam kawasan Selayang, JPS telah menaiktaraf anak sungai yang mengalir dari Bukit Botak sehingga ke Kg Selayang Pandang dengan menelan belanja RM 2.8 juta. Dengan adanya projek tersebut kejadian banjir dapat dikurangkan terutama di Jalan 27, Bandar Baru Selayang yang terdiri daripada kawasan perumahan dan perniagaan. Baru-baru ini pihak negeri telah mewujudkan 1 projek baru. ‘Perlaksanaan Selangorku di Bawah Program Infrastruktur’ dari Kg Selayang Pandang sehingga ke Kolam Air Panas (Sg. Jinjang).

Lampiran

Tiada Lampiran.