Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

121) GERAI-GERAI DI TAMAN PUTRA (JALAN TERATAI _) BERHADAPAN PUTERI COURT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Siapakah pengurus gerai-gerai tersebut.

    1. Gerai-gerai tersebut dikendalikan sendiri oleh pemilik individu gerai di bawah Persatuan Penjaja Medan Selera Taman Putra, Ampang,
  2. Adakah mereka mempunyai lesen perniagaan dan apakah jenis lesen?

    Ya, sebahagian daripada 26 unit gerai telah pun mempunyai Lesen bagi tahun 2011. Jenis lesen yang dikeluarkan adalah Lesen Penjaja Statik (setahun) dan kadar caj yang dikenakan merujuk kepada jenis jualan Makanan/Minuman RM 240.00

  3. Kenapakah penjaja asing boleh berniaga ditapak tersebut? Sila nyatakan operasi yang pernah diambil oleh PBT MPAJ pada tahun 2010.

    1. Pengeluaran atau kelulusan lesen hanya dikeluarkan kepada pemohon yang bertaraf warganegara sahaja dan pihak Majlis juga telah mengeluarkan syarat di mana penggunaan pembantu bukan warganegara/warga asing atau bertaraf Penduduk Tetap juga adalah tidak

    Operasi yang pernah diambil oleh PBT MPAJ pada tahun 2010:

    1. Operasi Penggredan Dan Kebersihan oleh Unit Kesihatan pada 6 Oktober
    2. Operasi Gotong Royong di Medan Selera Taman Putra pada 31 Oktober 2010 (Ahad)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.