Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
120) KEKELIRUAN KUASA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Terdapat kekeliruan kuasa di antara Pejabat Daerah dengan PBT khususnya isu ÒBangunan Tanpa IzinÓ dan Penggunaan tanah-tanah Kerajaan: Siapakah yang bertanggung jawab sebenarnya, sehingga sesebuah premis atau bangunan berjalan terus (pembinaan) walaupun setelah notis berhenti dikeluarkan?
- Di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis mengambil tindakan ke atas semua binaan-binaan tanpa kebenaran yang dibina di atas tanah persendirian berdasarkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1976 (Akta 133). Kuasa yang diberi adalah untuk mengawal aktiviti pembinaan bangunan dalam kawasan PBT. Seksyen 70(1) Akta 133 memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa kebenaran bertulis dahulu dari PBT. Manakala, bangunan-bangunan tanpa kelulusan yang dibina di atas tanah Kerajaan akan diambil tindakan oleh Pejabat Tanah Daerah di bawah Kanun Tanah
-
Terangkan prosedur selanjutnya dari segi undang-undang jika masih terdapat keingkaran setelah mendapat notis pertama.
- Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis dikehendaki memastikan pemilik memberhentikan aktiviti pembinaan melalui pengeluaran Notis Berhenti Kerja di bawah Seksyen 70 (2) di bawah Akta 133, sekiranya didapati pembinaan tersebut melencong daripada pelan lulus atau binaan tanpa
Sehubungan dengan itu, mana-mana bangunan/premis tanpa kelulusan tersebut akan dikeluarkan notis dalam tempoh yang ditentukan oleh PBT di bawah Seksyen 72 (1) Akta 133 yang mana akan mengarahkan pemunya tersebut untuk mematuhi mana-mana arahan yang telah diberikan sama ada:-
- tidak memulakan atau meneruskan pendirian bangunan itu;
- meruntuhkan bangunan itu dalam masa yang dinyatakan oleh PBT; dan
- mengambil langkah sebagaimana yang diperintahkan oleh
Sekiranya pemunya gagal mematuhi notis tersebut, maka seksyen 72(5) Akta
133 membolehkan pihak PBT untuk melaksanakan sendiri kehendak/arahan tersebut dan segala kos yang berkaitan akan ditanggung oleh pemunya. Namun, sebelum kerja-kerja meruntuh tersebut dilaksanakan, seksyen 72 (6) Akta 133 mengehendaki PBT untuk memberikan notis 30 hari kepada penduduk bangunan tersebut supaya mengosongkan bangunan tersebut agar pihak PBT boleh memasuki premis tersebut untuk tujuan memindahkan penghuni dan harta alih serta melaksanakan kerja-kerja perobohan sekiranya diputuskan.
Tindakan merobohkan binaan tanpa kebenaran itu hanya akan dilaksanakan sekiranya didapati pemilik tidak mematuhi Notis Mengosong yang dikeluarkan. Walaupun begitu, Majlis boleh mempertimbangkan meluluskan pelan bangunan yang melancung daripada pelan lulus tetapi dengan syarat bahawa pelan tersebut tidak melanggar apa-apa peraturan/polisi Majlis atau Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
Denda akan dikenakan sebanyak 10 kali ganda fi yang telah dikenakan sebelum itu. Ini tidak akan mengecualikan seseorang daripada didakwa oleh Pihak Berkuasa Tempatan jika diputuskan untuk berbuat demikian.