Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

119) PERMOHONAN STRATA TITLE

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur-prosedur yang dikenakan untuk permohonan strata title bagi kawasan perumahan atau komersial berstrata/bertingkat?

    1. Adalah menjadi suatu kewajipan bagi pemilik tanah untuk memohon hakmilik strata apabila berlakunya penjualan atau perjanjian jualan petak yang melibatkan perjanjian jual beli, dan syarat-syarat asas bagi permohonan hakmilik strata telah dipenuhi. Prosedur-prosedur yang dikenakan untuk permohonan hakmilik strata bagi kawasan perumahan atau komersial berstrata/bertingkat adalah seperti berikut:-

     

    1. Jenis Permohonan:
      • Pecah Bahagi Bangunan
      • Pecah Bahagi Tanah

     

    1. Syarat-syarat Bangunan:
      • Mempunyai 2 tingkat atau lebih (pecah bahagi bangunan)
      • Tidak melebihi 4 tingkat bagi setiap petaak tanah
      • Diperakui sebagai Bangunan Kos Rendah (jika berkaitan)
      • Bangunan merupakan blok sementara (jika ada)
      • Bangunan didirikan dalam 1 lot
      • Diperakui siap    oleh    Pihak    Berkuasa    Tempatan/Arkitek    iaitu bangunan telah memperolehi CFO/CCC

     

    • Syarat-Syarat Tanah
      • Merupakan tanah mempunyai hakmilik
      • Tanah dipegang di bawah 1 lot
      • Tanah dipegang di bawah hakmilik tetap (FT) atauhakmilik sementara (QT) yang telah diluluskan pelan akuiuntuk pendaftaran hakmilik tetap
      • Baki pajakan (leasehold) sekurang-kurangnya 21 tahun

     

    1. Tempoh Masa Wajib Memohon Hakmilik Strata

    Pemilik Tanah adalah wajib memohon hakmilik strata dalam tempoh 6 bulan tarikh CFO/CCC, atau 6 bulan dari tarikh perjanjian jual beli yang pertama, yang mana terkemudian

  2. Bagaimana prosedur-prosedur ini dapat diringkaskan untuk memudahkan pemohon?

    Permohonan hakmilik strata yang sedia ada adalah terikat dengan peruntukan undang-undang Akta Hakmilik Strata 1985. Isu kerumitan permohonan hakmilik strata sepatutnya tidak timbul kerana semua syarat permohonan ini adalah untuk melindungi kepentingan pihak yang mempunyai hak ke atas permohonan tersebut. Secara ringkas, jika permohonan hakmilik strata dikemukakan  memenuhi syarat mengikut Seksyen 10 Akta Hakmilik Strata 1985, tempoh masa pengeluaran hakmilik strata adalah 170 hari. Secara amnya, prosedur tersebut boleh didapati dengan merujuk kepada Akta Hakmilik Strata 1985 atau melayari Laman Web Pejabat Tanah dan Galian Selangor

  3. Senaraikan masalah-masalah yang sering dihadapi oleh kerajaan semasa memproses permohonan ini.

    1. Masalah-masalah yang sering dihadapi semasa memproses permohonan Hakmilik Strata adalah seperti berikut:

     

    1. Tanah-tanah berimilik masih hakmilik sementara (QT) semasa Pemilik Tanah boleh mengemukakan permohonan pecah bahagi bangunan mengikut Subseksyen (2) Seksyen 7 Akta Hakmilik Strata 1985. Namun begitu, mengikut Subseksyen (1) Perenggan (K) Seksyen 9 Akta Hakmilik Strata 1985, permohonan pecah bahagi bangunan boleh diluluskan dengan syarat tanah itu dipegang di bawah hakmilik tetap (FT)

     

    1. Pemilik Tanah boleh mengemukakan permohonan pecah bahagi bangunan, walaupun tiada perakuan siap dan pematuhan (CCC) telah dikeluarkan kepada bangunan tersebut mengikut Subseksyen (3)  Seksyen 7 Akta Hakmilik Strata 1985. Namun begitu, mengikut Subseksyen (1) Perenggan (l) Seksyen 9 Akta Hakmilik Strata 1985, permohonan pecah bahagi bangunan/tanah boleh diluluskan dengan syarat bangunan atau tanah yang hendah dipecahbahagikan telah diperakui layak diduduki oleh pihak berkenaan

     

    • Terdapat gadaian di atas hakmilik tanah oleh Pemilik Tanah yang masih belum dilepaskan oleh pemegangn gadaian (institusi kewangan)

     

    1. Pemilik Tanah bankrap / digulungkan

     

    1. Pemilik Tanah sering membuat pindaan dengan menambah/mengurangkan petak utama atau petak aksesori yang melibatkan perubahan ke atas pelan cadangan strata dan juga jumlah keseluruhan unit syer bagi permbangunan tersebut

     

    1. Pemilik Tanah menghadapi masalah kewangan untuk menjelaskan bayaran penyediaan hakmilik strata, pelan strata, premium tambahan (tukar syarat nyata tanah), deposit blok sementara dan cukai tanah tertunggak

     

Lampiran

Tiada Lampiran.