Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
116) BANGUNAN BARU SEKOLAH RENDAH AGAMA HARMONI SEKINCHA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bilakah cadangan pembinaan bangunan baru 3 tingkat SRA Harmoni akan dimulakan oleh pihak Kerajaan Negeri?
- Dalam Rancangan Malaysia ke Sepuluh ( RM Ke 10) Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Pendidikan Islam tidak menyenaraikan keperluan mendesak bangunan tambahan atau bangunan gantian untuk sekolah rendah Agama Harmoni Sekinchan.
-
Apakah masalah utama yang menyebabkan cadangan tersebut tertangguh sehingga kini walaupun sudah dikemukakan sekian lama oleh pihak SRA Harmoni?
- Masalah utama :
- Banyak permohonan keperluan bangunan Sekolah Agama daripada masyarakat setempat atau daerah. Kekangan peruntukan juga mempengaruhi keutamaan pemilihan sesebuah sekolah akan didirikan. Walaupun terdapat permohonan awal dari sesebuah sekolah ia boleh tertunda disebabkan pemilihan mengikut keutamaan. Pelbagai aspek keperluan mendesak diteliti untuk memenuhi keperluan rakyat negeri Selangor merangkumi Penempatan utama, atau penempatan mengikut rancangan Jabatan Perancang Bandar dan Desa atau penempatan tradisional yang sedang atau rancak
- Banyak bangunan baru Sekolah Rendah Agama diperlukan seperti di bandar Puncak alam 1, Puncak Alam 2, Alam Denai Shah Alam, Bandar Teknologi Hulu Langat, Putra Height Subang Jaya, Sg Langkas tambahan Puchong, Puchong Perdana, Taman Kajang Utama dan kawasan- kawasan
- Terdapat bangunan-bangunan Sekolah Rendah Agama yang sangat uzur seperti SRA Kuala Pajam Hulu Langat, SRA Sg Sireh Parit 1 Tg Karang, SRA Paya Jaras Petaling, SRA Batang kali Hulu Selangor, Pra sekolah JAIS Sepang dan lain –lain
- Terdapat sekolah-sekolah Agama yang beroperasi di rumah kedai seperti kAFA Kajang Utama, KAFA Taman Tun Perak Kajang dan terdapat juga Sekolah Agama berada dibawah ’kolong’ bangunan seperti KAFA Penjara Sg Buluh Gombak, KAFA Bandar Armada Putra Pulau Indah Klang atau KAFA Taman Seri Lembayung Shah
- Masalah utama :
-
Sila kemukakan berapakah jumlah peruntukan yang bakal disalurkan sekiranya permohonan tersebut mendapat kelulusan daripada pihak Kerajaan Negeri?
- Jumlah Peruntukan belum ditetapkan kerana ia mengikut spesifikasi keperluan mendesak dibandingkan dengan keperluan di tempat lain. Walaubagaimanapun untuk membina 12 buah bilik darjah mengganti sebahagian bangunan sediada peruntukan yang diperlukan dianggarkan RM 3.5 juta. Kerajaan Negeri sentiasa peka melaksanakan kerja-kerja baik pulih di bangunan sedia ada, jika bangunan tidak selamat digunakan Jabatan Forensik Bangunan akan menyiasat dan mencadangkan untuk meroboh bangunan