Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
114) GERAI-GERAI HARAM DI TAMAN SERAYA TEPI JALAN MAWAR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status gerai-gerai tersebut
- Berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Penuh Majlis Bil 6/2010 pada 30 Jun 2010, pihak Majlis memutuskan supaya permit sementara dikeluarkan kepada peniaga warganegara di Gerai Statik di Jalan Bunga Tanjung 18, Taman 17 peniaga telah dilesenkan dengan fi bayaran lesen RM100 dan RM100 bagi caj pembersihan yang diperbaharui setiap 2 bulan atau 6 bulan sekali.
-
Kenapakah gerai-gerai ini tidak dipindah? Apakah halangannya
- Pihak majlis pernah menawarkan peniaga untuk berpindah ke B.O.T Taman Putra pada tahun 2007, sebelum merobohkan gerai tersebut tetapi peniaga membuat rayuan untuk menangguhkan
-
Sejak bila gerai-gerai yang haram sudah berada di tapak tersebut.
- Sejak tahun 1984 (27 tahun).