Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

105) BIASISWA YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah dana yang dibelanjakan oleh Yayasan Selangor menerusi biasiswa pendidikan pada tahun 2010?

    Jumlah dana yang dibelanjakan oleh Yayasan Selangor menerusi biasiswa pendidikan pada tahun 2010 adalah sebanyak RM417,800.00

  2. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkenalkan peluang-peluang biasiswa pengajian tinggi melalui Yayasan Selangor bagi bidang-bidang baru seperti penyelidikan termasuk kursus-kursus tertentu di luar negara untuk meningkatkan sumber modal insan?

    1. Yayasan Selangor hanya memberi pinjaman pelajaran untuk kursus di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama).

    Tiada peruntukan pinjaman pelajaran / biasiswa untuk penyelidikan di peringkat sarjana dan doktor falsafah setakat ini.

    Yayasan Selangor juga tiada peruntukan pinjaman pelajaran / biasiswa bagi pelajar yang menuntut di universiti luar negara setakat ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.