Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
97) PENCERAMAH BERTAULIAH
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah ulama serta penceramah yang telah diluluskan tauliah mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007-2011.
- JUMLAH PEMEGANG TAULIAH MENGAJAR / BERCERAMAH MENGIKUT DAERAH
BIL. DAERAH 2007 2008 2009 2010 JUMLAH 1. Gombak 56 43 59 145 303 2. Hulu Langat 67 80 129 180 456 3. Hulu Selangor 30 40 37 75 182 4. Klang 45 80 85 110 320 5. Kuala Langat 47 19 38 85 189 6. Kuala Selangor 29 26 51 50 156 7. Petaling 108 78 136 223 545 8. Sabak Bernam 24 38 50 69 181 9. Sepang 12 20 16 36 84 10. Luar Selangor 10 10 10 44 74 JUMLAH
428
434
611
1017
2,490
* Tauliah bagi tahun 2011 belum lagi dikeluarkan.
* Tauliah yang dikeluarkan pada tahun 2007 dan 2008 telah tamat tempoh.
-
Apakah syarat-syarat yang diperlu dipenuhi bagi mendapat tauliah dan pihak manakah yang meluluskan permohonan?
- Syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi mendapatkan tauliah adalah mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 iaitu seperti berikut:-
- Beragama Islam dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Sihat tubuh badan dan sempurna akal;
- Berakhlak dengan akhlak Islam;
- Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah;
- Mempunyai pengetahuan agama Islam sekurang-kurangnya di peringkat Empat Sanawi atau yang setaraf dengannya;
- Lulus ujian bertulis atau temuduga yang dijalankan oleh Jawatankuasa, jika dikehendaki oleh Jawatankuasa;
- Mendapat kebenaran bertulis dari majikan; dan
- Bermastautin dalam Negeri
- Pihak yang meluluskan sesuatu permohonan tauliah adalah Jawatankuasa Tauliah MAIS yang dianggotai oleh:-
- Setiausaha MAIS sebagai Pengerusi
- Mufti Negeri Selangor
- Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor
- Ketua Polis Negeri Selangor
- Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM
- Dua orang lain yang dilantik oleh MAIS
- Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dakwah)