Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
91) BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan bantuan semasa berlakunya kecemasan atau bencana alam. Adakah Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai polisi untuk menentukan jenis bencana atau kecemasan yang boleh diberikan bantuan ?
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengguna pakai Peraturan Tetap Operasi (Standard Operational Procedure) sepertimana yang terkandung dalam Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20 (Dasar dan Mekanisme Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara) dalam menguruskan bantuan bencana .
-
Jika mangsa kecemasan atau bencana alam telah menerima bantuan dari punca yang lain, adakah permohonan mereka ke Jabatan Kebajikan Masyarakat akan ditolak?
- Penyelarasan pemberian bantuan bencana kepada mangsa bencana akan dibuat dengan agensi lain sekiranya ada pertindihan pemberian bantuan bencana dan sekiranya bantuan bencana telah disalurkan oleh agensi lain, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat masih akan menyalurkan bantuan bencana setelah mendapatkan kelulusan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan