Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

77) RUMAH TERBENGKALAI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Antara masalah diwarisi Kerajaan Negeri Selangor dari kerajaan sebelumnya ialah mewarisi masalah rumah terbengkalai. Beri jumlah statistik rumah terbengkalai semenjak Kerajaan Pakatan Negeri Selangor memerintah

    1. Semenjak Kerajaan Pakatan Negeri Selangor terdapat sebanyak 143  projek  terbengkalai dikenal pasti di Negeri Selangor yang melibatkan 45,449 pembeli. berdasarkan rekod LPHS pada Mac 2008 sehingga Mac 2011, pecahan projek terbengkalai mengikut PBT adalah seperti berikut :

     

     

     

     

     

    BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN Mac 2008 2009 2010 2011 SELESAI PROJEK BARU
    JUMLAH UNIT JUMLAH UNIT JUMLAH UNIT JUMLAH UNIT
    1 Majlis Bandar raya Shah Alam 19 5480 17 5165 17 5210 16 5114 4 1
    2 Majlis Perbandaran Klang 28 4061 28 4143 28 4134 29 4134 3 4
    3 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 7 2996 7 2996 7 2996 7 2996 0 0
    4 Majlis Perbandran Ampang Jaya 13 3022 11 2924 11 2949 11 2949 2 0
    5 Majlis Perbandaran Subang Jaya 10 9208 7 7830 8 8786 8 7734 4 2
    6 Majlis Perbandaran Selayang 15 2936 12 2504 12 2310 12 2340 3 0
    7 Majlis Perbandaran Kajang 11 4202 11 4672 11 4150 11 4150 1 1
    8 Majlis Daerah Kuala Langat 8 510 8 962 9 1032 9 1032 1 2
    9 Majlis Daerah Hulu Selangor 11 5405 12 5995 12 5955 12 5955 1 2
    10 Majlis Daerah Kuala

    Selangor

    13 7238 12 7205 11 7128 10 7011 3 0
    11 Majlis Perbandaran Sepang 8 3941 9 4004 8 3941 8 3641 1 1
    12 Majlis Daerah

    Sabak Bernam

    0 0 0 0 0 0 1 32 0 1
    JUMLAH 143 45449 134 48360 135 48623 134 47058 23 14

     

    Nota :

    ( – ) = Projek Terbengkalai Diselesaikan ( + ) = Projek Terbengkalai Baru

     

  2. Sejauh manakah penyelesaian dan berkurangnya jumlah rumah terbengkalai dapat dilakukan.

    1. Dengan mengambil kira bidang kuasa Kerajaan Negeri yang terhad dalam membantu memulihkan projek terbengkalai yang mana kuasa ini pada dasarnya terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, adalah dimaklumkan sehingga  kini Kerajaan Negeri telah berjaya menyelesaikan sebanyak 23  projek  yang  melibatkan 9,179 unit dari Mac 2008 sehingga 15 Mac

     

    Walau    begitu,   beberapa    langkah    proaktif    diambil    ke    arah    penyelesaian    dan mengurangkan projek terbengkalai di Negeri Selangor seperti berikut :

     

    1)            Kos Tambahan (Topup)

    Bagi projek yang boleh dipulihkan di mana melibatkan kenaikan kos, LPHS akan melantik Juruukur Bahan untuk menilai semula kos pemulihan projek  tersebut bagi mendapatkan butiran terperinci kos tambahan yang perlu ditanggung secara bersama oleh pembeli-pembeli. walau bagaimanapun, ia perlu mendapat persetujuan sekurang-kurangnya 85% daripada jumlah pembeli bagi tujuan pemulihan.

     

    2)            Lantikan Pemaju Penyelamat

    Kerajaan Negeri melalui LPHS juga akan mengadakan perbincangan dengan pemaju terbabit bersama semua jabatan teknikal termasuk pihak bank sekiranya projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan. bagi pemaju  yang menghadapi masalah kewangan, LPHS akan mengatur pertemuan dengan pembiaya-pembiaya bagi melihat pendekatan yang sesuai dalam membantu pemaju-pemaju menstruktur semula pembiayaan titian (bridging loan) supaya projek boleh diteruskan. sekiranya masih gagal dan terdapat pemaju/kontraktor berwibawa yang berminat memulihkan projek berkenaan LPHS akan mengemukakan cadangan pemulihan tersebut kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membuat keputusan. bagi projek-projek yang telah diletakkan di bawah ‘ liquidator’ / Pegawai Penerima, perbincangan akan dijalankan bersama ‘liquidator’/Pegawai Penerima terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek terbengkalai.

     

    3)            Perampasan Tanah dan Pengambilan Tanah

    Kerajaan Negeri juga sebagai langkah terakhir akan mengambil tindakan perampasan tanah sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah S.100 KTN dan pelanggaran syarat di bawah S.129 KTN bagi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. Selain itu, pengambilan tanah juga sebagai usaha membolehkan projek terbengkalai dipulihkan semula dan seterusnya dimajukan secara tender sebagai contoh projek Bukit Botak dan Alam Perdana.

     

     

     

     

    4)            Penubuhan Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT)

    Jawatankuasa ini terdiri daripada Y.B. Penasihat Undang-undang, Pengarah Eksekutif LPHS, Pembantu EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya, Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan, Jabatan Perancang Bandar dan Dewa, Jabatan Insolvensi / Liquidator, Jawatankuasa Pembeli/Pemilik Rumah dan Bank terlibat yang mana dipengerusikan oleh saya sendiri bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak dalam memulihkan projek terbengkalai. Jawatankuasa ini akan membuat penilaian semula projek terbengkalai sama da projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan. setakat ini terdapat 4 projek telah dikenal pasti berpotensi dipulihkan dan 6 projek dalam peringkat kajian.

  3. Apakah tindakan selanjutnya akan dilakukan.

    1. Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa tindakan selanjutnya ke atas pemaju-  pemaju perumahan yang projek mereka terbengkalai dengan mendapatkan nama-nama Ahli Lembaga Pengarah terlibat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disenaraihitamkan dan diedarkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan turut dipaparkan dalam laman web Lembaga Perumahan dan  Hartanah  Selangor  (LPHS) (senarai pemaju seperti dilampirkan mengikut PBT/Daerah). Tujuannya ialah untuk membantu bakal pembeli memperoleh maklumat terkini mengenai  kredibiliti  pemaju bagi mana-mana projek perumahan yang ingin dibeli.  Di samping itu nama-  nama pemaju yang disenaraihitamkan tersebut tidak akan dibenarkan untuk melaksanakan apa-apa pembangunan di Negeri Selangor termasuk membuat permohonan untuk pembangunan tanah walaupun mereka hanya berperanan sebagai salah seorang pemilik syer sahaja di bawah syarikat pemaju

     

    Kerajaan Negeri juga sebagai langkah terakhir akan mengambil tindakan perampasan tanah sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di  bawah S.100 KTN dan pelanggaran syarat  di bawah S.129 KTN bagi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin.

Lampiran

Tiada Lampiran.