Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
72) RUMAH PRIHATIN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah rumah prihatin yang telah dibina mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007-2011.
- Jumlah rumah prihatin yang telah dibina mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007-2011 adalah seperti di LampiranA
LAMPIRAN A
JUMLAH BANTUAN BAIK PULIH PROGRAM KERAJAAN PRIHATIN DARI TAHUN 2007-2011
Daerah 2007 2008 2009 2010 Jumlah BINA BARU
BAIK PULIH
BINA BARU
BAIK PULIH
BINA BARU
BAIK PULIH
BINA BARU
BAIK PULIH
Klang 9 4 20 10 31 13 13 9 109 Petaling 1 – 7 – 16 3 4 5 36 Kuala Langat 13 6 23 14 17 14 18 14 119 Hulu Langat 3 – 10 3 7 12 7 8 50 Sabak Bernam 47 2 31 59 9 43 3 9 203 Kuala Selangor 15 14 14 34 22 25 16 16 156 Gombak 17 9 14 15 14 11 2 8 90 Hulu Selangor
7 6 6 8 8 10 9 5 59 Sepang 6 11 7 11 9 15 3 11 73 Jumlah 118 52 132 154 133 146 75 85 895
- Jumlah rumah prihatin yang telah dibina mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007-2011 adalah seperti di LampiranA
LAMPIRAN A
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menyediakan kawasan perumahan yang mampu didiami oleh golongan berpendapatan rendah?
- Kerajaan Negeri amat prihatin dalam menangani masalah perumahan yang mampu didiami oleh golongan yang berpendapatan rendah. Kerajaan Negeri telah mewujudkan Program Kerajaan Prihatin untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah yang sempurna dan selesa. Walaubagaimanapun Program ini hanya tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dan berdasarkan pertimbangan oleh Jawatankuasa Tetap Kerajaan
Selain daripada itu, melalui Jawatankuasa Tetap Perumahan dibawah Y.B. Tuan Iskandar A.Samad, beberapa program telah diwujudkan bagi menangani isu rumah mampu milik oleh golongan berpendapatan rendah. Antaranya ialah Program Rumah Mampu Milik ”Generasi Baru” dibawah kendalian PKNS yang akan membina lebih 800 rumah mampu milik di Bandar Baru Bangi, Shah Alam serta Gombak dengan Fasa Pertama bermula pada April 2011. Sasaran utama program ini ialah untuk menyediakan rumah mampu milik bagi mereka yang berpendapatan antara RM3,000.00 hingga RM5,000.00.
Selain dari itu, Tabung Pemulihan Projek Perumahan Kos Rendah juga telah diwujudkan dengan suntikan dana sebanyak RM2 Juta setahun untuk bertujuan untuk membaik pulih kawasan-kawasan perumahan kos rendah. Kerajaan Negeri telah membaik pulih bumbung pangsapuri kos rendah di Bukit Sentosa, Hulu Selangor dengan kos sebanyak RM400,000.00.
Melalui Stanco Perumahan juga, Kerajaan Negeri telah menurunkan sewa bulanan Projek Perumahan Rakyat dari RM250 kepada RM124 kepada mereka yang layak dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Usaha-usaha ini secara tidak langsung dapat meringankan beban golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah atau menyewa rumah dengan kos yang minimum