Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
65) PEMULIHAN TAMAN DAN HUTAN SEMULA JADI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Di Selangor terdapatnya beberapa taman dan hutan yang dahulunya amat popular untuk aktiviti riadah dan berkelah seperti Bukit Belacan dan sebagainya. Tetapi kini kawasan-kawasan ini tidak dimajukan dan terbiar sahaja. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan taman dan hutan ini ?
- Terdapat 14 kawasan Hutan Lipur dalam Hutan Simpanan Kekal di Negeri Selangor. Dalam RMK 10, Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih kurang RM7.2 juta yang disalurkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk pembangunan dan penyelenggaraan kawasan-kawasan ini. Ini tidak termasuk peruntukan kepada Tourism Selangor Sendirian Berhad untuk mempromosikan kawasan-kawasan ini sebagai destinasi pelancongan, eko-pelancongan dan pendidikan terulung. Untuk mencapai objektif ini, tema aktiviti dikhususkan kepada Hutan-hutan Lipur khusus seperti berikut:-
a. Perkelahan – Sungai Sendat – Hutan Lipur Kanching
– Hutan Lipur Komanwel
– Hutan Lipur Chongkak – Hutan Lipur Sungai Tekala
– Hutan Lipur Ampang – Hutan Lipur Gunung Nuang
– Hutan Lipur Sungai Tua
– Hutan Lipur Sungai Gabai - Perkhemahan- Hutan Lipur Sungai Sendat
- Hutan Lipur Kanching
- Hutan Lipur Komanwel
- Hutan Lipur Sungai Chongkak
- Hutan Lipur Sungai Tekala
- Hutan Lipur Sungai Tua
- Merentasi – Hutan Lipur Komanwel
Denai Hutan – Hutan Lipur Sungai Chongkak
- Hutan Lipur Sungai Tekala
- Hutan Lipur Kanching
- Mendaki – Hutan Lipur Permatang Kuartza Gunung – Hutan Lipur Gunung Nuang
- Hutan Simpan Bukit Kutu
- Pendidikan – Denai Interpretative:
Alam Sekitar/ – – Hutan Lipur Sungai Perhutanan Sendat, Hutan Lipur
Ampang, Hutan Lipur Sungai Tua, Hutan Lipur Sungai Tekala, Hutan Lipur Kanching, Hutan Lipur Sungai Chongkak.
- Forest Trail
– Permatang Kuartza
- Fish – Hutan Lipur Sungai Tua
Sanctuacy – Hutan Lipur Sungai Chiling
- Rock – Permatang Kuartza
Climbing/ Abscaling
- Mountain – Gunung Nuang
Biking
- Bird Watching – Hutan Lipur Ampang
- Forest and – Hutan Lipur Sungai Tua.
River Exploring
Dakwaan bahawa kawasan-kawasan seperti Hutan Lipur Ampang (Bukit Belacan terbiar dan tidak dimajukan adalah tidak benar sama sekali.