Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
63) BANTUAN SEKOLAH RAKYAT
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah sebarang pertambahan peruntukan terbaru bagi Sekolah Agama Rakyat yang lebih banyak jumlahnya?
- Tidak ada sebarang pertambahan peruntukan terbaru bagi Sekolah Agama Rakyat pada tahun
-
Bagaimanakah pengagihan wang akan dibuat bagi tahun ini?
- Pengagihan wang bagi tahun ini adalah menggunakan cek dan agihan akan dibuat melalui Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negeri Selangor (ADUN) mengikut sekolah- sekolah di kawasan masing-masing.
-
Adakah sebarang perubahan prosedur bagi sekolah-sekolah rakyat tahun ini?
- Perubahan tersebut ialah pemohon hendaklah mendapatkan ulasan dan pengesahan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negeri Selangor (ADUN) di kawasan masing-masing sebelum menghantar borang yang telah lengkap diisi kepada pihak urus setia.