Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
61) SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah bilangan dan nama sekolah Agama Rakyat yang ada di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah?
- Sekolah Agama Rakyat di negeri Selangor dikenali sebagai KAFA Integrasi (KAFAi) tidak termasuk Sekolah Rakyat atau sekolah Rendah Islam (persendirian) SRI ( Swasta).
Bilangan Sekolah KAFA Integrasi Negeri Selangor;
- Daerah Petaling 91 Buah sekolah
- Daerah Klang 24 Buah Sekolah
- Daerah Gombak 55 Buah Sekolah
- Daerah Hulu Langat 61 Buah sekolah
- Daerah Kuala Langat 8 Buah Sekolah
- Daerah Sabak Bernam 10 Buah sekolah
- Daerah Hulu Selangor 6 Buah sekolah
- Daerah Kuala Selangor 21 Buah Sekolah
- Daerah Sepang 12 Buah Sekolah
Jumlah Sekolah 288 Buah sekolah
-
Adakah pihak Kerajaan Persekutuan turut memberi bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat di Negeri Selangor? sila berikan butir-butir
Pemberian Perkapita bagi tahun 2010 – RM 5,437,200.00 bagi 288 buah sekolah KAFA dengan jumlah pelajar 90,620
Permohonan Perkapita Tahun 2011 RM 5,416,680.00 untuk 283 buah sekolah dengan jumlah pelajar 90,278 orang. Pembahagian Perkapita adalah mengikut bilangan murid. Kadarnya ialah 1 orang murid sebanyak RM 60.00
- ii) Bantuan Modal – Pembangunan dan Baik pulih. Tahun 2009 – Jumlah Bantuan RM 3.2 Juta. 21 buah sekolah telah dapat
( 8 buah sekolah mendapat bangunan baru 13 buah sekolah mendapat bantuan baikpulih)
Tahun 2010 – tiada mendapat bantuan modal
-
Sila nyatakan bagaimanakah pencapaian prestasi pelajar-pelajar SAR Negeri Selangor jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar SAR negeri yang lain?
- Pencapaian Prestasi pelajar-pelajar SAR Negeri Selangor melalui Ujian Pencapaian Kelas KAFA ( UPKK)
Tahun 2010
Bil Daerah Bil. Sekolah Bil.Murid % lulus 1. Daerah Sabak Bernam 10 184 100 2. Daerah Kuala Selangor 21 1268 100 3. Daerah Klang 24 970 100 4. Daerah Kuala Langat 8 358 100 5. Daerah Sepang 12 551 100 6. Daerah Hulu Langat 61 3287 100 7. Daerah Hulu Selangor 6 150 100 8. Daerah Petaling 91 5155 100 9. Daerah Gombak 55 2463 100 Jumlah 288 14386 orang * Kedudukan prestasi di Peringkat Kebangsaan tempat ke 2 selepas Negeri Sembilan