Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
59) EKONOMI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah pelaburan asing di dalam negeri Selangor pada masa kini berbanding tahun 2007. Adakah ianya berdaya maju dan mampu untuk menyumbang kepada pendapatan negeri?
- Jumlah pelaburan yang dicatatkan pada tahun 2010 amat memberangsangkan walaupun mencatatkan sedikit pengurangan berbanding jumlah pelaburan yang dicatatkan pada tahun
Pada tahun 2010 negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 10,641,835,401 berbanding RM 11,181,450,369 yang dicatatkan pada tahun 2007.
Walaupun jumlah pelaburan pada tahun 2010 mencatatkan pengurangan sebanyak (4.8%) tetapi jumlah bilangan projek yang diluluskan meningkat sebanyak 325 projek dan menyediakan sebanyak 27,865 potensi peluang pekerjaan serta peningkatan dalam jumlah pelaburan asing sebanyak RM 5,146,848,848 berbanding tahun 2007 yang mencatatkan 318 projek, 25,443 potensi peluang pekerjaan dengan jumlah pelaburan asing sebanyak RM 4,191,710,937.
Melalui projek-projek pelaburan yang diluluskan ini secara langsung menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Selain itu, ia juga mampu meningkatkan hasil kepada Kerajaan Negeri melalui cukai taksiran yang dikutip oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga turut memperolehi hasil daripada bayaran-bayaran premium pembangunan yang dikenakan bagi projek-projek perkilangan yang dibangunkan di atas tanah milik Kerajaan Negeri.
-
Sehingga kini berapa banyakkah sumber perolehan PKNS,keuntungan,kerugian yang ditanggung jika ada. Apakah perancangan PKNS dalam tahun 2011 dan adakah ianya membantu pendapatan negeri
- Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 10 Mac 2010 telah menolak soalan