Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

57) PASIR SUNGAI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah hasil pasir sungai yang telah dikutip mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007-2011.

    Jumlah hasil pasir sungai yang telah dikutip mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007 sehingga 2011 adalah seperti berikut:

     

    Bil PTD 2008 (RM) 2009 (RM) 2010 (RM) 2011 (RM)
    1 Petaling 50,850.00 33,000.00 303,729.94 134,410.41
    2 Klang 90,000.00 0.00 0.00 0.00
    3 Gombak 0.00 37,200.00 66,000.00 18,000.00
    4 Hulu Langat 105,900.00 45,000.00 198,000.00 45,000.00
    5 Kuala Langat 366,000.00 0.00 0.00 0.00
    6 Kuala Selangor 0.00 0.00 0.00 0.00
    7 Sabak Bernam 0.00 0.00 0.00 0.00
    8 Hulu Selangor 30,600.00 93,000.00 1,908,807.84 456,901.80
    9 Sepang 0.00 24,000.00 720,937.47 144,000.00
    Jumlah (RM) 643,350.00 232,200.00 3,198,075.25 798,312.21

     

    Operasi cuci gali sungai oleh KSSB bermula pada Mei 2009. Sebelum itu ianya dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor.

     

    Langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mempercepatkan kelulusan permit mengalih pasir sungai bagi mengelakkan banjir berlaku akibat longgokan pasir adalah dengan memberi kuasa kepada Pentadbir Tanah berkaitan untuk meluluskan Permit 4C kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). Walau bagaimanapun, kelulusan hanya akan diberikan di kawasan sungai yang termasuk di dalam inventori JPS. Bagi projek tebatan banjir, lantikan kontraktor dilakukan oleh pihak JPS untuk mengorek sungai manakala Permit 4C bagi tujuan pengalihan perlu melalui pihak KSSB.

     

  2. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mempercepatkan kelulusan pasir sungai bagi mengelakkan banjir berlaku disebabkan tunggakan pasir?

Lampiran

Tiada Lampiran.