Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
52) TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Meminta kerajaan memberi bilangan anak yang telah berdaftar dan wang yang telah dicarum oleh kerajaan ke dalam tabung ini?
- Bilangan bayi yang telah berdaftar sehingga 2010 ialah 37,314
Jumlah wang caruman yang telah dikeluarkan ialah RM2,209,400.00 (22,094 ahli).
*Sehingga 18hb Mac 2011 jumlah wang caruman yang telah dikeluarkan adalah sebanyak RM2,379,200.00 (23,792 ahli).
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan pulangan yang diperolehi selepas 18 tahun melebihi RM1,500?
- YAWAS telah membuat unjuran berkenaan jumlah pelaburan yang perlu diperuntukan untuk ahli TAWAS sehingga mencapai umur 18 tahun dan bagi memastikan caruman RM1,500.00 setiap ahli dapat dicapai, YAWAS telah menyediakan beberapa pelan jangkamasa panjang:
- YAWAS telah berbincang dengan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan tabung ‘reserve fund’ dimana dana ini boleh dilabur kedalam beberapa instrumen pelaburan seperti Pelaburan Hartanah (REIT) dan lain-lain pelaburan jangka panjang dan jangka pendek.
- YAWAS juga telah berbincang dengan Kerajaan Negeri supaya diperuntukan aset-aset seperti sumber tanah komersial dan pertanian yang boleh dibangunkan untuk pelbagai projek.
- YAWAS juga dalam proses mendapatkan status pengecualian cukai daripada LHDN dengan tujuan memberi peluang kepada individu atau organisasi yang ingin menderma sebahagian daripada wang mereka untuk membantu badan- badan kebajikan atau individu yang memerlukan bantuan. Program ini juga membolehkan penderma-penderma yang menyertai program ini mendapat rebat cukai maksimum daripada