Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

38) AIR PERCUMA

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dalam program pemberian air percuma 11 meter padu kepada setiap bacaan meter individu di Negeri Selangor, Kerajaan telah berbelanja sebanyak lebih kurang 12 juta setahun: Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan bagi menampung kos yang tinggi ini?

    Pemberian air percuma 20 meter padu (m3) merupakan salah satu daripada Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Program ini  telah  dirancang  sebagai sebahagian daripada pelaksanaan proses penstrukturan air. Melalui pengambilalihan semua konsesi air di Selangor, kos pemberian air percuma yang tinggi ini akan dipertanggungjawabkan kepada anak syarikat Kerajaan Negeri yang menguruskan konsesi air di Negeri Selangor. Dengan pelaksanaan penstrukturan ini rakyat Negeri Selangor tidak lagi dibebankan dengan kenaikan tarif air yang melampau. Sebaliknya melalui syarikat yang dimiliki dan dikawal secara langsung oleh Kerajaan  Negeri Selangor,  segala  sumber  yang  diperolehi  akan  digunakan   untuk   memastikan   rakyat  membayar kadar air yang rendah dan terus menikmati inisiatif pemberian 20m3   air percuma.

     

  2. Bagaimana pula dengan rungutan banyak pihak yang menggunakan meter pukal sehingga kini hanya sebilangan kecil sahaja yang dapat menikmati sistem kupon.

    Sama seperti di SUB (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.