Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

33) OPERASI PERNIAGAAN BESI BURUK DI KAWASAN BUKAN INDUSTRI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Perniagaan besi buruk dan barangan kitar semula sudah lama diminta untuk berpindah ke lot industri untuk menyambung perniagaan mereka. Tetapi masih terdapat perniagaan ini masih dijalankan di kawasan perumahan, pasar dan berhampiran kedai makan. Sebagai contohnya perniagaan besi buruk Ò BOSS METALÓ di Pekan Subang berhampiran dengan Pasar Pekan Subang . Berapa bilangan kompaun dan notis mengosongkan tanah yang telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah sehingga kini ?

    BOSE METAL : Premis ini tidak dikeluarkan lesen perniagaan oleh MBSA kerana  masalah status tanah. Pejabat Tanah telah mengeluarkan notis  terhadap  lot  premis yang menyimpan barang lusuh yang bersempadan dengan lapangan terbang Subang. Jumlah notis yang telah dikeluarkan oleh MBSA adalah sebanyak 2 (dua) kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen iaitu pada 17 Mac 2005 dan 12  Jun  2006  terhadap premis yang beroperasi di lot kedai.

     

     

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memindahkan perniagaan ini yang masih berdegil untuk pindah ke lot industri.

    Sama seperti di SUB (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.