Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

30) PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan dalam mengenal pasti pemilik menepati syarat menduduki pangsapuri kos rendah?

    Syarat-syarat permohonan memiliki rumah kos rendah di Negeri Selangor adalah :-

    • Warganegara Malaysia
    • Berumur 18 tahun ke atas
    • Pendapatan bersama (suami/isteri) bakal pembeli tidak melebihi RM2,500.00
    • Bakal pembeli (suami/isteri ) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Negeri Selangor

     

    Kerajaan Negeri telah menetapkan perkara-perkara berikut dalam memastikan setiap pemilik menepati syarat menduduki rumah kos rendah iaitu :-

    1. Pemaju diwajibkan mendaftar projek perumahan kos rendah di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). setiap  pemaju  yang membangunkan rumah kos rendah hendaklah menggunakan 100% nama-nama pemohon yang berdaftar di

     

    1. Nama-nama pembeli akan dikenal pasti melalui Sistem  Pendaftaran  Permohonan Rumah (SPPR) dan disaring dalam Jawatankuasa Pemilihan  Senarai Nama Rumah Kos Rendah Negeri

     

    • Nama-nama pembeli kemudiannya akan diperakukan oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum diserahkan kepada pemaju untuk proses penawaran rumah. surat tawaran akan dikeluarkan kepada nama-nama pembeli yang telah disenaraikan pendekkan oleh LPHS

     

    1. Nama-nama pemilik rumah kos rendah bagi sesebuah projek akan disemak semula semasa pemaju mengemukakan permohonan pindah milik secara “Blanket Consent” kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sekiranya terdapat nama-nama pembeli yang tidak didaftarkan dengan LPHS maka pemaju akan dikenakan penalti sebanyak RM500.00 bagi setiap nama pembeli yang ditawarkan.
  2. Apakah rancangan kerajaan dalam mengatasi masalah kesukaran penubuhan dan kesulitan pengurusan JMB dan MC pangsapuri kos rendah?

    1. Masalah JMB dan MC gagal ditubuhkan di pangsapuri kos rendah (RKR) adalah seperti berikut :
      1. Isu pembeli tidak sanggup mengambil alih pengurusan bangunan dariapda pemaju kerana tidak mempunyai pengetahuan dan kepakaran mengenai perundangan, pengurusan dan penyelenggaraan harta bersama

     

    1. Isu peruntukan kewangan untuk menyenggara dan mengurus bangunan tidak mencukupi akibat daripada peratusan kutipan caj yang rendah di kalangan pembeli

     

    • Isu kerenah pembeli yang tidak mahu mengambil  berat  mengenai tanggungjawab untuk membayar caj penyenggaraan serta menjaga  harta bersama

     

    1. Isu kecacatan bangunan yang tidak di baikpulih semenjak dari tempoh liabiliti kecacatan serta bangunan dan harta bersama yang tidak disenggarakan dengan baik oleh pemaju

     

    Oleh demikian, bagi mengatasi masalah kesukaran penubuhan dan pengurusan  JMB  dan MC Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah berikut :

     

     

    1. Melaksanakan Program Kempen Pangsapuri Kita Bersih Ceria dan Harmoni  pada tahun 2010 di kawasan perumahan bertingkat khususnya perumahan kos rendah. ia membawa mesej dan meningkatkan penubuhan JMB dan memberi pendidikan kepada komuniti perumahan bertingkat untuk menjaga kawasan perumahan

     

    1. Melaksanakan Program Perdana JMB pada tahun 2010 di mana JMB mendapat informasi mengenai tatacara pengurusan lif dan penyenggaraan bangunan, langkah-langkah keselamatan perumahan bertingkat dan perundangan berkaitan perumahan

     

    • Pemantauan khidmat nasihat secara berterusan kepada pembeli perumahan bertingkat juga telah dilaksanakan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan Pesuruhjaya

     

     

     

    1. Melantik ejen pengurusan selaras peruntukan Akta Bangunan dan  Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) dan Akta Hak milik Strata 1985 (Akta 318).

     

    1. Program Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri untuk membaik pulih 41 buah lif melibatkan tiga pangsapuri kos rendah iaitu Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya, Pangsapuri Taman Permai Indah, Klang dan Pangsapuri Taman Ampang Mewah, Ampang pada tahun

     

    1. Program pemberian air percuma melalui mekanisme kupon bagi fasa pertama yang melibatkan 72 kawasan pemajuan pangsapuri kos rendah terdiri daripada 23,665 unit kediaman. program ini dapat membantu mengurangkan bebanan tunggakan bil air penduduk selain memberi jaminan kepada SYABAS bayaran bil air diterima setiap bulan daripada Kerajaan

     

    • Penstrukturan semula organisasi Pesuruhjaya Bangunan dengan menubuhkan Unit Penguat kuasa Pesuruhjaya Bangunan. Ia bertujuan memastikan penguatkuasaan Akta 663 dapat dilaksanakan dengan baik termasuklah pendakwaan kepada pemaju yang gagal menubuhkan JMB dan pembeli yang enggan membayar caj

     

    • Untuk tahun 2011, selain meneruskan skim pemberian air percuma, Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu lagi skim bantuan bagi tujuan baik  pulih  kerosakan harta bersama pangsapuri kos rendah melalui Tabung Pemulihan Rumah Kos

     

  3. Apakah tindakan dan pemantauan dalam masalah penghuni pekerja asing di pangsapuri kos rendah?

    Kerajaan Negeri memandang serius masalah penghuni pekerja asing di pangsapuri kos rendah (RKR) yang merupakan faktor penyumbang kepada isu sosial,  kacau ganggu  dan vandalisme. Kerajaan negeri telah mengambil tindakan proaktif dengan meluluskan Garis Panduan Mekanisme Bilangan Kapasiti Penyewa bagi premis di Negeri Selangor sebagai mekanisme menangani masalah penghuni pekerja asing di pangsapuri RKR. Objektif garis panduan ini adalah bagi mengatasi isu kesihatan dan impak sosial dalam jangka masa pendek dan panjang khususnya kepada persekitaran pembangunan masyarakat. melalui garis panduan yang ditetapkan maksimum penghuni RKR adalah 6 orang dan sekiranya lebih adalah dianggap

    Pemantauan yang telah dilaksanakan bagi mengekang masalah penghuni pekerja sing daripada berleluasa adalah melalui operasi bersepadu di antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Pesuruhjaya Bangunan (COB), Polis, Imigresen, RELA dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ia merangkumi operasi membanteras salah guna pangsapuri RKR oleh warga asing di kawasan PBT berdasarkan aduan dan bukti yang kukuh daripada penduduk. melalui operasi yang dijalankan, PBT boleh mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah peruntukkan seksyen 78 Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). Sementara itu, Jabatan Imigresen di bawah Akta  Imigresen  1959/63 berkuasa menahan penghuni Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang tidak mempunyai permit sah dan menguatkuasakan kesalahan membenarkan premis didiami/disewa oleh PATI.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.