Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

28) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA KUMPULAN SEMESTA SDN. BHD. (KSSB)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan Ahli-ahli Lembaga KSSB bagi tahun 2010.

    Ahli Lembaga Pengarah KSSB pada tahun 2010 adalah seperti berikut :-

    Ir. Wan Ab. Halim Wan Ismail – Ketua Pegawai Eksekutif

    Abdul Shukor Nagor – Pengerusi (sehingga Ogos 2010)

    Ir. Ramli Abd. Majed – Pengarah Eksekutif (sehingga November 2010) YB Dato’ Mohd. Arif Ab. Rahman

    En. Wong Suk Kok

    En. Mohd. Khairuddin Othman

    YB Tuan Mat Shuhaimi Hj. Shafiei En. Ganabatirau AlL Veraman

  2. Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga KSSB bagi tahun 2010?

    1. Pengarah-pengarah bukan eksekutif KSSB tidak menerima elaun tetap. KSSB juga tidak membuat bayaran tuntutan untuk mana-mana pengarah bukan eksekutif  sepanjang tahun

     

    Mereka hanya menerima elaun mesyuarat ALP RM500.00 untuk setiap mesyuarat yang dihadiri. Pengerusi mesyuarat pula menerima RM1,000 untuk setiap  mesyuarat  ALP yang dihadiri.

     

     

     

     

    Jumlah elaun mesyuarat yang diterima mereka untuk tahun 2010 adalah seperti berikut :

     

    Bil. Pengarah Elaun Mesyuarat

    2010 (RM)

    1 Abdul Shukor Nagor 12,000.00
    2 Ir. Wan Ab. Halim Wan Ismail 8,000.00
    3 Ir. Ramli Abd. Majed 8,000.00
    4 Dato’ Mohd. Arif Ab. Rahman 5,000.00
    5 Wong Su Kok 6,500.00
    6 Mohd. Khairuddin Othman 7,000.00
    7 Mat Shuhaimi Hj. Shafiei 5,000.00
    8 Ganabatirau Veraman 4,000.00
      Jumlah 55,500.00
  3. Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga KSSB bagi tahun 2010?

    Hanya Pengarah Eksekutif menerima bonus interim 1 bulan gaji bagi tahun 2010.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.