Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

27) PENDIDIKAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Universiti Industri Selangor atau UNISEL adalah milik kerajaan Negeri Selangor. Adakah Kurikulum di UNISEL menepati ÔstandardÕ pembelajaran kebangsaan atau antarabangsa dan mengikuti pengesahan LAN. Berapakah jumlah pelajar yang berhenti,mengapakah kemerosotan ini berlaku

    Semua kurikulum di UNISEL wajib mendapat kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualification Agency)

    Penurunan bilangan pelajar adalah disebabkan ramai pelajar yang telah tamat kursus (bergraduat) dan bukan kerana berhenti sekerat jalan.

  2. Ada terdapat ramai pelajar antarabangsa berhijrah meninggalkan UNISEL. atau memilih tidak mahu belajar di UNISEL. Ramai pekerja sambilan dan kontrak, tertunggak pembayaran untuk kerja mereka. Adakah ini disebabkan kemunduran UNISEL di bawah pentadbiran kerajaan negeri atau adakah UNISEL mengalami defisit?

    Pelajar antarabangsa yang meninggalkan UNISEL adalah disebabkan mereka gagal  atau menghadapi disiplin. Data menunjukkan seramai 53 orang pelajar telah ditamatkan pembelajaran mereka disebabkan mempunyai pelbagai kesalahan antaranya termasuk masalah disiplin serta gagal di dalam peperiksaan. Tetapi perkara ini langsung tidak menjejaskan kemasukan pelajar antarabangsa ke UNISEL malah sehingga ke hari ini UNISEL mempunyai seramai 338 orang pelajar  antarabangsa yang masih aktif. Data  juga menunjukkan seramai 39 orang pelajar antarabangsa telah bergraduat termasuk pelajar Tahun Asas di UNISEL selama

     

    Tiada lagi kes gaji pekerja sambilan dan kontrak yang tertunggak kecuali bekerja tanpa surat pelantikan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.