Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

24) ARAHAN PERBENDAHARAAN 58

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah Arahan Perbendaharaan 58 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kewangan mengikut pecahan PBT daripada tahun 2006-2011.

    Jawapan diselaraskan oleh Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN.

     

  2. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan aliran kewangan PBT berada dalam keadaan sihat dan tiadanya banyak tunggakan yang perlu diselesaikan?

    Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan aliran kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berada dalam keadaan sihat adalah seperti berikut:-

    • Kerajaan Negeri memberi bantuan kewangan kepada PBT yang mempunyai kedudukan kewangan yang tidak
    • Memastikan PBT menyediakan Anggaran Tahunan (Belanjawan Tahunan) yang lebih realistik dengan mengambil kira tanggungan atau tunggakan yang belum selesai.
    • Kawalan Perbelanjaan / Perolehan PBT berhubung perolehan secara runding terus, perkhidmatan perunding dan juga perolehan yang melibatkan sewa beli atau aset seperti pembelian bangunan dan tanah, di mana Kerajaan Negeri akan membuat analisis ke atas kedudukan dan kemampuan kewangan PBT yang berkenaan sebelum Kerajaan Negeri memberi
    • Kerajaan Negeri juga telah mengadakan Kursus Financial For Non-Financial Managers kepada Yang DiPertua PBT untuk memberi pengetahuan asas perakaunan kewangan dan proses penyediaan akaun, meningkatkan kemahiran menganalisis penyata kewangan dan nisbah-nisbah kewangan serta Meningkatkan kefahaman dan kebolehan membaca dan menginterpretasikan kandungan kunci kira-kira, akaun untung rugi, aliran wang tunai dan nota kepada akaun.
    • Memantau kedudukan kewangan PBT dari semasa ke
    • Mengkaji kedudukan aset PBT yang menjadi liabiliti/ beban kewangan serta mencadangkan penjualan aset PBT bagi memastikan aliran kewangan PBT berada dalam keadaan
    • Menasihatkan agar PBT tidak menggunakan wang

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.