Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

22) BANTUAN KEBAJIKAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Daerah Gombak mencatatkan bilangan kedua tertinggi di Negeri Selangor bagi penerima bantuan am (1,141 orang) dan yang tertinggi bagi penerima bantuan kanak-kanak (1,602 orang) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor sehingga November 2010. Apakah langkah-langkah khusus Kerajaan Negeri untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak dan warga emas yang daif?

    Selaras dengan visi Kerajaan Negeri Selangor yang mementingkan kebajikan rakyatnya, pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan kepada golongan OKU, kanak-kanak dan warga emas yang mana sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan  yang ditanggung melalui pemberian sumbangan dan bantuan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKMNS).

    Antara pendekatan yang dilakukan bagi membantu golongan daif ini, melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak hampir RM6 juta melalui Program Bantuan Am yang diberikan secara bulanan kepada golongan daif yang telah dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor.

    Jadual di bawah merupakan pecahan penerima Bantuan Am dari Kerajaan Negeri Selangor yang telah mendapat manfaat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor bagi tahun 2010 :

    Kategori Jumlah penerima Jumlah peruntukkan
    Orang Kurang Upaya (OKU) 574 orang RM 892,787.00
    Warga Emas 785 orang RM1,021,278.00
    Kanak-kanak 4,638 orang RM3,703,251.00
    JUMLAH PENERIMA 5,997 orang RM5,617,316.00

    Jadual 1 : Jumlah penerima Program Bantuan Am Negeri Selangor 2010

    Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor juga akan melancarkan Kempen Pendaftaran OKU Negeri Selangor bertujuan untuk menggalakkan  orang  ramai  membuat pendaftaran kepada ahli keluarga atau persatuan mereka  yang  OKU disamping dapat membantu pihak JKMNS mengenal pasti bilangan OKU yang terdapat   di Negeri Selangor termasuk OKU yang daif.

    Kerajaan Negeri juga menyediakan pelbagai bentuk program sokongan yang khusus kepada golongan ini dalam usaha membantu mereka menjalani kehidupan yang selesa. Antara langkah-langkah khusus di bawah Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :-

    1. Bantuan sumbangan melalui program-program turun padang ke daerah di majlis keraian atau dari rumah ke rumah kepada mereka yang telah dikenalpasti kurang berkemampuan dan daif serta turut mengambil kira permohonan
    2. Seminar kebajikan kepada NGO-NGO Kebajikan di Selangor bagi memberi kesedaran dan bimbingan kepada mereka tentang golongan ini supaya dapat dibentuk dan berubah dengan memberdayakan diri bagi menikmati cara dan kualiti hidup yang lebih sempurna dan
    • Program kerjasama Kerajaan Negeri bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) turut memfokuskan kepada golongan kanak-kanak. Sokongan moral yang bersepadu dan peranan dari semua pihak penting bagi memastikan mereka mendapat pendidikan yang berkualiti, kesihatan yang baik, jaminan keselamatan dan
    1. Program kemahiran kepada OKU juga turut dilaksanakan dengan memberi peluang kepada OKU mempelajari kraftangan yang mudah untuk membantu menambahkan pendapatan mereka tanpa bantuan orang
    2. Skim Mesra Usia Emas (SMUE) iaitu satu skim kebajikan untuk golongan warga emas dan OKU di Negeri Selangor yang dikendalikan oleh Rantaian Mesra Sdn. Bhd. sejak Oktober 2008. Melalui skim ini, bantuan kewangan sebanyak RM2,500.00 akan diberikan kepada waris apabila berlaku kematian ke atas  warga emas atau OKU yang berdaftar mengikut syarat yang telah ditetapkan bertujuan untuk membantu dalam urusan-urusan berkaitan pengurusan jenazah warga emas atau OKU yang meninggal
  2. Berapa ramaikah yang telah mendaftar di dalam Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?

    Sehingga 28hb Februari 2011 seramai 146,537 orang Warga Emas telah berjaya didaftarkan sebagai Ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE). Pecahan pendaftaran  mengikut kaum menunjukkan kaum Melayu mencapai 39.9%, Cina 46.53%,  India  87% dan kaum lain-lain 0.7%. Jumlah bayaran keseluruhan manafaat adalah RM46.151 juta sehingga 28hb Februari 2011.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.