Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

20) DENGGI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kes denggi yang berlaku di DUN Balakong sejak tahun 2008 hingga 2010?

    KEJADIAN DENGGI DI KAWASAN BALAKONG

     

    TAHUN Kes              Denggi (Kawasan Wabak) Kawasan                    Hotspot (Wabak> 30 hari)
    2008 58 1
    2009 62 2
    2010 47 2
  2. Berapakah jumlah kawasan yang telah dikenal pasti sebagai kawasan panas wabak Denggi di DUN Balakong pada jangka masa tersebut?

    Sama seperti di SUB (a).

  3. Apakah langkah-langkah diambil kerajaan bagi mengawal pembiakan nyamuk Aedes dan apakah keberkesanannya?

    Langkah pencegahan Denggi termasuk: (sama seperti jawapan 2 (c))

     

    • Mempergiatkan aktiviti gotong royong dan penubuhan Jawatankuasa Combi di kawasan bermasalah penyakit Denggi

     

    • Pengaktifan Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah, yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, yang akan bermesyuarat setiap seminggu di  semua daerah yang berwabak. Tujuan utama jawatankuasa ini adalah untuk menggerakkan pelbagai agensi daerah yang berkaitan untuk menyelesaikan faktor-faktor risiko yang menyumbang kepada kejadian wabak denggi di daerah berkenaan

     

    • Pendidikan komuniti berterusan tentang pemeliharaan kebersihan alam sekeliling dan ‘Kempen 10 Minit Seminggu’ untuk kawasan rumah

     

     

     

    • Bekerjasama dengan agensi kerajaan, sekolah dan syarikat swasta untuk menubuhkan Skuad Anti-Denggi di tempat mereka untuk menghindarkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di tempat kerja

     

    • Penguatkuasaan Kompaun minima RM 500 untuk semua premis yang dikenal pasti mempunyai tempat pembiakan nyamuk Aedes. Untuk tapak pembinaan, perintah berhenti kerja (‘Stop Work Order’) dilaksanakan  kalau terdapat pembiakan nyamuk

     

Lampiran

Tiada Lampiran.