Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

6) GARIS PANDUAN BERPAKAIAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat kejadian ahli politik bukan Islam yang berpakaian tidak sesuai dengan sensitiviti agama dalam kawasan Masjid. Adakah Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan garis panduan etika berpakaian bagi bukan Islam untuk memasuki kawasan Masjid dan Surau?

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mewujudkan satu garis panduan berhubung perkara ini yang dikenali sebagai Garis Panduan Penggunaan Masjid dan Surau di Negeri Selangor. Garis panduan ini telah diluluskan dalam Mesyuarat MAIS Bil 1/2011 yang bersidang pada 22 Februari 2011.

  2. Apakah kesan insiden pemakaian tidak sesuai tersebut kepada Umat Islam di Selangor?

    Sekiranya terdapat insiden orang bukan Islam memasuki masjid dan surau tanpa pemakaian yang sesuai, dikhuatiri akan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam yang akan menganggap orang bukan Islam mencemari rumah ibadat  keadaan ini akan menyebabkan keharmonian antara kaum tercalar.

  3. Bagaimanakah kefahaman perbezaan antara agama dapat diperkukuhkan?

    Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan melakukan penerangan dari masa ke semasa berhubung garis panduan yang telah dikuatkuasakan termasuklah penerangan yang melibatkan non muslim.

Lampiran

Tiada Lampiran.