Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

1) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA SELANGOR INDUSTRIAL CORPORATION SDN BHD (SIC)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan Ahli-ahli Lembaga SIC bagi tahun 2010

    1. Senarai Ahli Lembaga Pengarah SIC bagi tahun 2010 seperti berikut :-

     

    Bil. Nama Jawatan Semasa Lembaga

    Pengarah

     

    1.

     

    Encik Othman Hj. Omar

     

    Pengurus Besar PKNS

    Pengerusi Syarikat
     

    2.

    Y.Bhg. Dato’ Hj. Md. Nasir

    Md. Arshad (sehingga

    31 Disember 2010)

    Timbalan Pengurus Besar (Pentadbiran                    & Pembangunan)  

    Pengarah

     

    3.

     

    Puan Norzila Sidek

    Pengurus                 Kanan Pembangunan Busines  

    Pengarah

     

    4.

    Tuan Ir. Izharuddin Abd Rahman Pengurus                 Kanan Pengurusan Projek  

    Pengarah

  2. Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga SIC bagi tahun 2010?

    Untuk tahun 2010, tiada elaun dan tuntutan bulanan yang dibayar kepada Ahli Lembaga Pengarah kecuali elaun Tambahan (Perkhidmatan) Pengerusi yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kewangan PKNS untuk Pengerusi Syarikat Encik Othman Hj. Omar sebanyak RM5,750.00

  3. Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga SIC bagi tahun 2010?

    Belum ada sebarang bayaran yang dibuat pada tahun 2010. Cadangan yuran Pengarah dan bonus akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan PKNS akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.