Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
253) MEMBAIKPULIH JALAN KAMPUNG CHERAS BARU, DARI PETRONAS SAMPAI MASJID NURUSAADAH KAMPUNG CHERAS BARU
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila mengemukakan spesifikasi projek ini dan jumlah kos untuk membaikpulih?
- Spesifikasi yang digunakan bagi melaksanakan projek ini adalah berpandukan “Standard Specification for Road and Bridge Works” edisi JKR/SPJ/1988 keluaran dari ibu pejabat JKR
Jumlah kos untuk kerja-kerja membaik pulih jalan ini adalah RM198,503.00. Kadar Harga untuk kerja-kerja jalan dirujuk kepada ‘Jadual Kadar Harga Kerja-kerja Kecil dan Membaiki Tahun 2008.
-
Atas apa sebab kerja ini tidak dibuka tender
Kerja ini tidak dipanggil tender kerana nilai kerja di bawah RM500.000.00 adalah layak untuk dibuat secara sebut harga bagi mempercepatkan proses
-
Adakah JKR dapat surat daripada pengarah JKR supaya kes ini boleh dilantik terus. Sila lampirkan
- Kerja ini tidak dipanggil secara lantikan terus tetapi telah dipanggil secara sebut harga. pilihan dibuka kepada 10 kontraktor terpilih yang berdaftar dengan UPEN. Surat kebenaran untuk lantikan terpilih ruj. J.N. SEL 29/13/02 (41) dari JKR Negeri Selangor (dilampirkan bersama).
Perkara 4 surat tersebut menjelaskan bidang kuasa Jurutera Daerah untuk kelulusan pemilihan nama-nama kontraktor. Pejabat JKR Daerah Hulu Langat melaksanakan proses memanggil sebut harga secara pilihan kerja-kerja perlu dilaksanakan dengan segera kerana terdapat banyak kemalangan yang berlaku di lokasi tersebut. pejabat ini telah menerima aduan orang awam melalui telefon, email dan aduan oleh ADUN Teratai sendiri agar JKR melaksanakan kerja dengan serta-merta.