Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
252) ANGKAT SUMPAH PERLANTIKAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, DATO MOHD KHUSRIN MUNAWI TERTANGGUH. BERTANYA KEPADA YAB DATO’ MENTERI BESAR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah pelantikan tersebut tertangguh?
- Pelantikan YB. Dato’ Khusrin TIDAK tertangguh.
-
Apakah persepsi kerajaan terhadap DatoÕ Khusrin Munawi?
- Sebagai sebuah kerajaan, kita tidak berpegang pada persepsi pada mana-mana individu termasuk YB. Dato’
-
Adakah masalah yang dibimbangkan selama ini dapat diselesaikan?
- Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang masalah hingga membawa kebimbangan. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri mengharapkan semua proses pelantikan bagi semua jawatan tertinggi dilakukan mengikut tatacara yang telah ditetapkan sama ada secara peraturan mahupun amalan