Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

248) PINJAMAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkah PINJAMAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR dalam RM telah kita tawarkan kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pendidikan ke INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) DAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS) dalam dan luar negeri sejak dari mula pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat?

    1. Sejak mula pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat iaitu daripada tahun 2008 hingga 2010, jumlah pelajar yang telah ditawarkan pinjaman pelajaran untuk melanjutkan pengajian di IPTA/ IPTS dalam negara adalah seramai 2,504 orang, melibatkan jumlah pinjaman sebanyak 2 juta.
  2. Berapakah jumlah pelajar dan pinjaman telah di keluarkan oleh Kerajaan Negeri mengikut Daerah

    1. Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (LTKWBNS) telah menawarkan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor kepada 2,504 orang mulai daripada tahun 2008 sehingga tahun 2010. Pecahan pelajar dan pinjaman mengikut daerah adalah seperti berikut:

     

     

    BIL.

     

    DAERAH

     

    JUMLAH PELAJAR

     

    JUMLAH PINJAMAN (RM)

    1. Klang 880 RM 4.9 juta
    2. Petaling 156 RM 0.88 juta
    3. Kuala Selangor 153 RM 0.88 juta
    4. Kuala Langat 116 RM 0.66 juta
    5. Sabak Bernam 100 RM 0.58 juta
    6. Hulu Langat 109 RM 0.62 juta
    7. Gombak 72 RM 0.42 juta

     

     

     

    8. Sepang 12 RM 0.08 juta
    9. Hulu Selangor 31 RM 0.18 juta
    10. Kuala Lumpur 494 RM 2.8 juta
    11. Lain-lain 381 RM 2.2 juta
    JUMLAH KESELURUHAN 2,504 RM 14.2 juta
  3. Berkemungkinan Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan skim pemberian biasiswa berdasarkan ÒmeritÓ khusus untuk pelajar-pelajar anak Negeri Selangor yang kurang berkemampuan yang berjaya memasuki universiti tempatan dan luar Negara

    1. Kerajaan Negeri di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) telah menyediakan kemudahan Pinjaman Pelajaran kepada pelajar-pelajar anak Negeri Selangor bagi melanjutkan pengajian di IPTA/ IPTS dalam negara. Namun begitu, Kerajaan Negeri akan menukarkan pinjaman pelajaran  tersebut  kepada  biasiswa sekiranya pelajar-pelajar berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang iaitu dengan memperolehi CGPA 3.75 ke

     

Lampiran

Tiada Lampiran.