Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
247) PROJEK PERUMAHAN PKNS
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyak dan dimanakah projek perumahan mampu milik dan kos sederhana yang akan dibangunkan oleh PKNS?
- Projek perumahan mampu milik yang disasarkan oleh PKNS dalam tempoh 5 – 7 tahun adalah berjumlah 20,000 unit. Untuk mencapai sasaran rumah mampu milik PKNS juga melaksanakan kolaborasi dengan syarikat pemaju swasta untuk memajukan ‘land bank’ syarikat bersama dengan PKNS. Projek perintis perumahan mampu milik yang akan dilaksanakan oleh PKNS adalah sebanyak 124 unit di Seksyen 3 Tambahan Bandar Baru Bangi. Projek akan dimulakan pada April
-
Apakah kelebihan yang diberi kepada penjawat awam dan wakil rakyat jikalau mereka membeli rumah yang dibangunkan oleh PKNS?
- PKNS telah memperuntukkan diskaun 7% kepada pembeli Bumiputera, tambahan kepada diskaun tersebut PKNS akan memberikan 3% untuk pembeli ‘early bird’ dan 5% lagi jika pembeli tersebut adalah penjawat awam dan wakil rakyat dianggap sebagai penjawat