Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

240) TABUNG PEMULIHAN RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan untuk Tabung Pemulihan Rumah Kos Rendah sejak dilancarkan dan berapakah jumlah unit rumah mendapat faedah darinya ?

    1. Pada peringkat permulaan, sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan oleh  Kerajaan Negeri ke dalam Tabung Pemulihan Rumah Kos Rendah. Ini tidak termasuk sumbangan daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM5 juta khusus untuk tujuan mengecat bangunan secara usaha sama di antara pemaju, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penduduk. Peruntukan daripada Tabung ini akan digunakan bagi tujuan baikpulih kerosakan harta bersama pangsapuri kos rendah seperti lif, bumbung, tangki air dan sebagainya. Setakat ini lawatan tapak ke 14 kawasan  pemajuan pangsapuri kos rendah telah dibuat bagi mengenal pasti kawasan layak menerima bantuan tersebut berdasarkan beberapa kriteria. Bagi peringkat awal 6 kawasan telah disenarai pendek untuk menerima bantuan Tabung Pemulihan tersebut. Jumlah keseluruhan unit bagi 6 pemajuan pangsapuri kos rendah ini ialah 3,294
  2. Sila terangkan kelayakan bagi mendapat peruntukan dari Tabung ini?

    1. Keutamaan kelayakan berdasarkan kepada pangsapuri yang mengalami kerosakan serius pada lif, bumbung dan tangki air. Kriteria lain pemilihan pangsapuri yang layak menerima bantuan seperti berikut:-

     

    1. Mempunyai badan pengurusan yang diiktiraf seperti Badan  Pengurusan  Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) yang

     

    1. Mempunyai kedudukan kewangan/akaun yang kukuh (cth : peratusan penduduk membayar caj tinggi dan jumlah hutang yang sedikit).

     

    • Kerosakan harta bersama tersebut berada pada tahap

     

     

     

     

    Kriteria i) dan ii) adalah penting kerana konsep yang digunapakai bagi melaksanakan program baikpulih ini adalah berdasarkan perkongsian kos di mana Kerajaan Negeri dan penduduk melalui saluran pengurusan bangunan (JMB/MC/ejen pengurusan/pemaju) akan bersama-sama menanggung kos baikpulih tersebut dengan nisbah 60:40. Iaitu 60 peratus disumbangkan oleh Kerajaan Negeri manakala bakinya oleh penduduk.

     

  3. Terangkan taburan kawasan-kawasan yang telah mendapat peruntukan dari Tabung ini?

    1. Enam kawasan pemajuan yang telah disenarai pendek adalah seperti berikut:-

     

    Bil Pangsapuri PBT Kerosakan
    1. Pangsapuri       Flora Damansara A & B MBPJ Lif
    2. Flat    700,    Pandan Perdana MPAJ Lif
    3. Pangsapuri Taman Kosas MPAJ Bumbung
    4. Pangsapuri Sri Intan MPAJ Lif
    5. Pangsapuri Ampang Mewah,            Jalan Mewah 8 MPAJ Tangki Air
    6. Pangsapuri Cempaka,         Bukit Beruntung. MDHS Bumbung

     

    Pangsapuri Sri Intan telah dipilih untuk dijadikan projek perintis kepada program ini dan dijangka akan bermula selewat-lewatnya awal bulan April.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.