Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

238) BILLBOARD MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan billboard mengikut PBT yang memaparkan tentang usaha-usaha Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)?

    1. Bilangan billboard Merakyatkan Negeri Selangor (MES) mengikut PBT adalah:

     

     

    PIHAK BERKUASA TEMPATAN

    BILANGAN BILLBOARD

    ‘MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR’

    Majlis Bandaraya Shah Alam Tidak memberi Maklumbalas
    Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2
    Majlis Perbandaran Klang 5
    Majlis Perbandaran Ampang Jaya 6
    Majlis Perbandaran Subang Jaya 7
    Majlis Perbandaran Selayang 6
    Majlis Perbandaran Kajang 2
    Majlis Perbandaran Sepang 14
    Majlis Daerah Hulu Selangor 4
    Majlis Daerah Kuala Langat 6
    Majlis Daerah Kuala Selangor 3
    Majlis Daerah Sabak Bernam 0
  2. Apakah cara-cara promosi lain yang digunakan bagi menyampaikan maklumat MES kepada rakyat?

    1. Selain pengiklanan melalui billboard, cara-cara promosi lain yang digunakan bagi menyampaikan maklumat ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ adalah dengan kerjasama antara Pejabat Menteri Besar Selangor dan PBT di mana banner dan poster diedarkan kepada PBT untuk dipaparkan di kawasan Majlis. Selain itu, PBT turut dibekalkan  dengan risalah dan pamplet MES untuk diedarkan pada majlis-majlis anjuran PBT dan diletakkan di kaunter PBT untuk makluman dan bahan bacaan pelawat. Di samping itu juga, MES turut dipromosikan di laman web rasmi PBT serta melalui tayangan video di ruang legar Ibu Pejabat PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.