Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

237) LITTLE INDIA OF KLANG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor masih belum mengumumkan secara rasmi Kawasan Jalan Tengku Kelana, Klang sebagai Kawasan ÒLittle India of SelangorÓ sehingga ke hari ini?

    1. Sebarang pengisytiharan khususnya membabitkan identiti sesebuah kawasan dalam kawasan pentadbiran PBT perlu dikaji secara teliti dan menyeluruh, mengambil kira pandangan awam dan pihak berkepentingan. Dalam hal pengisytiharan Jalan Tengku Kelana sebagai “Little India of Selangor”, MPK sedang merujuk kepada pihak Istana untuk pandangan supaya pengisytiharan ini nanti tidak bercanggah atau konflik dengan identiti dan imej bandar sedia ada sebagai Bandar Di Raja dan
  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi mencantikkan serta menaiktaraf kemudahan-kemudahan awam di Kawasan Little India di Jalan Tengku Kelana Klang untuk menarik lebih ramai para pelancong pada masa hadapan?

    1. MPK amat mengalu-alukan dan menghargai sebarang usaha untuk memperindah dan menaiktaraf kemudahan prasarana di kawasan “Little India” sejajar dengan fungsi kawasan tersebut sebagai tempat tumpuan pengunjung dan sebagai salah  satu  destinasi pelancongan di Klang. Oleh kerana Little India mempunyai kepentingan dalam sektor pelancongan di Negeri Selangor, maka peruntukan pembangunan dari Kerajaan Negeri Selangor adalah sangat
  3. Apakah Kawasan Little India di Jalan Tengku Kelana Klang tidak mempunyai sebuah Pintu Gerbang Utama dan kemudahan-kemudahan awam yang selesa bagi menonjolkan identiti Little India of Selangor?

    1. MPK tiada halangan untuk menimbang cadangan membina pintu gerbang di kawasan Little India kerana ianya merupakan salah satu elemen estetik dan tarikan di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun,MPK perlu mengkaji kesesuaian reka bentuk ruang binaan tapak dan lokasi pintu gerbang supaya tidak menjejaskan identiti  dan  reka  bentuk bandar sedia

Lampiran

Tiada Lampiran.