Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

234) PERUNTUKAN INFRASTRUKTUR SETIAP AHLI DEWAN NEGERI SELANGOR (ADNS)

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM 1 juta bagi setiap ADNS bagi meningkatkan infrastruktur di kawasan masing-masing. Dari manakah sumber peruntukan ini?

    1. Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan bagi meningkatkan taraf infrastruktur yang melibatkan jalan bagi setiap kawasan Dewan Negeri melalui Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).
  2. Apakah prosedur bagi menggunakan peruntukan ini?

    1. Projek-projek tersebut akan disenaraikan oleh ADN yang telah  mengenal  pasti keperluan pembangunan di kawasan mereka yang merangkumi  pemeliharaan,  penjagaan dan pemulihan jalan-jalan negeri, pembaikan longkang tepi jalan dan jalan tanah (crusher run). Projek tersebut akan dikemukakan kepada PBT yang akan merancang dan memproses urusan berkaitan pelaksanaan projek. PBT akan membuat permohonan peruntukan kepada Perbendaharaan Negeri Selangor. Peruntukan yang telah diluluskan bagi projek-projek tersebut akan dikeluarkan secara  Direct  Grant  kepada
  3. Apakah yang diharapkan dari peruntukan istimewa ini ?

    1. Dengan penyaluran peruntukan ini, adalah diharapkan jalan-jalan di kawasan ADN berkenaan dapat diselenggara dengan elok dan teratur demi kepentingan rakyat di kawasan

Lampiran

Tiada Lampiran.