Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

233) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilakah masalah kekurangan lampu jalan dan pemisah jalan khususnya dari kilang BERNAS hingga Ke Balai Bomba Sekinchan dapat diselesaikan

    Masalah kekurangan lampu jalan dan pemisah Jalan antara Kilang Bernas hingga ke Balai Bomba Sekinchan bermula sejak jalan tersebut dinaiktaraf dari 2 lorong kepada 4 lorong. Masalah-masalah tersebut telah diutarakan oleh JKR Selangor kepada Ibu Pejabat JKR Malaysia. Susulan daripada itu kajian dan penelitian telah dibuat di antara Seksyen 506.20 hingga 509.60. Hasilnya ialah cadangan  untuk mengadakan median  dan juga lampu jalan di jalan ini adalah amat perlu. JKR akan mula melaksanakan kerja  di kawasan ini secara Kerja mengadakan median bermula Julai 2011 ini.

  2. Apakah punca sebenar yang menyebabkan pihak Kerajaan Persekutuan lambat bertindak terhadap masalah permukaan jalan yang berlekuk-lekak di sepanjang jalan Persekutuan 5 ?

    1. Permukaan yang beralun dan rosak adalah disebabkan beberapa faktor antaranya kenderaan berat seperti lori treler yang melebihi had muatan yang dibenarkan, keadaan tanah lembut di sepanjang jalan tersebut, pengorekan jalan dan bahu jalan yang menjejaskan struktur turapan dan
  3. Sila nyatakan nama kontraktor yang dipilih untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan jalan Persekutuan 5 dan berapakah jumlah peruntukan tahunan bagi tujuan tersebut ?

    Kontraktor yang dipilh untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan ini adalah syarikat konsesi Roadcare (M) Sdn. Bhd. Jumlah peruntukan tahunan adalah sebanyak RM 777,600.00 daripada Klang ke Sabak Bernam sepanjang 112km . Ini hanya meliputi kerja-kerja rutin seperti memotong rumput, menampal ’potholes’, membersih longkang, mencuci papan tanda dan lain-lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.