Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
230) KERJA-KERJA PEMBANGUNAN DI BAWAH DUN TERATAI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah PBT bertanggungjawab untuk memaklumkan pihak ADN tentang segala projek pembangunan di bawah DUN Teratai?
Tidak.
-
Sila nyatakan sebab-sebab PBT tidak perlu memberi makluman
- PBT memaklumkan projek-projek penyelenggaraan dan pembangunan kepada Mesyuarat Jawatankuasa- Jawatankuasa yang berkaitan di PBT. Mesyuarat – mesyuarat Jawatankuasa dihadiri oleh Ahli-Ahli
Surat-surat pelantikan kontraktor dikembarkan sesalinan kepada Ahli Majlis berkaitan. Ahli-Ahli Majlis berkenaan akan memaklumkan kepada ADN berkenaan memandangkan ADN tidak berada di dalam kumpulan Ahli Majlis PBT.